Januari itu
Di penghujungnya aku di situ
Bumi eropah katanya
Bahan bacaan menjadi teman setia
Sama ada duduk atau berdirinya mereka
Penghuni kota London itu,
Juga tidak kekok menghulur bantu saat kami buntu Tanpa perhubungan melalui telefon, ilham dan budi hati insan menjadi wasilah Tuhan untuk kami terus bergerak
Penghuni kota London itu,
Juga tidak kekok menghulur bantu saat kami buntu Tanpa perhubungan melalui telefon, ilham dan budi hati insan menjadi wasilah Tuhan untuk kami terus bergerak
Nyata dalam kesesakan hidup
kami banyak berhabis masa di taman - taman
bersama swan-swan yang sudi bermain riang dengan kami
di Kensington Gardens
juga hamparan hijau yang mendamaikan
di garisan masa Greenwich park
Rindu Pada tenang Pada indah lukisan alam
Gerimis seperti malu-malu menyapa,
Bimbang kami kesejukan barangkali
Sedang akhirnya,
Stokin di kaki kuyup jua.
Britain masih sudi menyepi Malam tetap malam Jam 12, tiada tube yang berkhidmat Rehat Limit bukan cuma pada insan Bahkan enjin juga begitu Meski lewat malam kami pulang, Pun kerana bukan sengaja Biasanya jam 11 sudah menapak ke luar dari stesyen whitechapel menuju rumah tumpangan milik seorang doktor
Dingin malam seakan menggesa kami melajukan langkah pulang
Malaga menyambut kami dengan bayu laut
Ada harum cabaran yang menyinggah di jiwa pengembara baru seperti kami
Tanpa penguasaan spanish yang fasih
Kami berkomunikasi bagai ayam dan itik
Mencari sebotol air buat penghilang dahaga pun gagal
Kuasa Tuhan atas segala kuasa
Dari Malaga kami bertamu di granada,
Hanya warga tua yang sering kami temui
Di jalanan bersama anjing jinak atau di bar-bar kecil
Kewangan yang sempit hanya buat kami mampu mengintai-ngintai kesedihan sejarah andalusia
Cordova menjamu kami dengan sebak yang berbuku-buku
Gemilang yang telah hilang kemilaunya
Dan aku bertanya pada diri,
Aku bagaimana...??

Sedang
Bagi kami pengembara muda,
Merasakan barca bukan untuk jiwa-jiwa seperti kami,
Kosong, tiada makna
Sekadar kemeriahan
Bar-bar besar, bau tengik
Najis anjing jinak
dan minuman keras yang membanjiri setiap kedai yang kami lalui.
Fiumcino tidak sesukar yang disangka
Kuala lumpur seakan membayangkan segalanya
Penyeluk saku,
Pengemis jalanan
Bahkan Bangladesh yang pernah diimport negara pun penuh memenuhi kota roma
Dan gereja-gereja lama yang sudi menerima kami sebagai pelawat,
Di situlah ada bicara di antara kami dan sang pendeta
Sedang,
Lebih empat buah tempat ibadah Yahudi dan nasara telah kami lewati sebelum ini
Yang bertamu cuma seram dan suram
Di akhir pengembaraan itu, Hipótesis ini berulang di mindaku Semakin banyak yang kita temui, semakin bercambah persoalan yang memerlukan jawapan..
Di akhir pengembaraan itu, Hipótesis ini berulang di mindaku Semakin banyak yang kita temui, semakin bercambah persoalan yang memerlukan jawapan..
Kembara ini harus diteruskan kah?
Malaysian Hall di kota London menjadi singgahan akhir sebelum gatwick menghantar kami pulang ke Amman.
Terima kasih Tuhan atas catatan kembara ini
Aku ingin kembara lagi....
Catatan rindu
Mu'tah Jordan,
19 ogos 2014
aura insani.