salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, August 15, 2014

jangan tunggu hanya saat dicoba!!

Memang itu yang dicita-citakannya sejak di usia 14 tahun. Sebab, dia seakan yakin bahawasanya dia tidak mampu untuk menghafaz keseluruh 30 Juz Al-quran di situ.

“Sesat di Kuala Lumpur” , seperti dialah yang dinyatakan di dalam lagu itu.
Targetnya di DQ nanti, dia mahu menghafaz Al-quran dan memahami keseluruhan tafsirannya. Dan tempoh tiga tahun itu telah tiga tahun pun berlalu.

Sewaktu teman-teman lain bergelak tawa gembira menerima tawaran dari uniersiti-universiti tempatan, dia masih setia menanti tawaran dari situ.

“Abidah, kau dapat USIM lah. Tamhidi syariah undang-undang,” dia tersenyum tawar.

Ya, dahulu, itulah yang dicita-citakannya.
Mahu jadi peguam. Lantaran melihat ketidak adilan dunia dalam menghukum. Dia dan keluarga antara mangsa kepada ketidak adilan itu. Sakit. Kau tahu sakit..??

Tapi, saat peluang sudah ada di depan mata, dia tidak menoleh walau sedikit.
Pilihan  yang bertukar itu akhirnya gagal dilaksanakan dengan sebaiknya. Tempoh tiga tahun seakan tidak cukup banginya mentadabbur keseluruhan kalamullah itu. Alasan bukan..??

Tidak, dia bukan gagal. Tetapi belum berjaya.
Semalam dia baru selesai mendudui peperiksaan tilawah 1 yang menuntut dia untuk mengingati semula juz 29 dan 30 dengan sebaik-baik hafazan.

Ya, sama sekali tidak sama keadaannya di DQ dulu dengan  saat itu.
Tempoh dua jam 20 minit dengan setiap orang dari empat pelajar yang disoal serentak, ditebuk setiap surah daripada kedua-dua juzuk itu.

Kalau dia yang graduan Darul Quran JAKIM itu pun merasa gabra dan cuak, yang selainnya itu pun ,’ah, dia tak tahu apa perasaan mereka apabila disoal bertubi-tubi sebegitu.

Surah Al-mulk. Di antara surah yang dirutini hampir setiap malam sejak usianya 15 tahun. Pasti sudah sangat melekat surah itu di ingatannya.

Tapi ia tetap suatu coba, apabila dia terlupa yang memiliki segela sesuatu yang dia ada dan punya itu,adalah Tuhan Rabbul ‘alamin.

Peristiwa malam sebelum pertandingan hafazan surah pilihan peringkat daerah sewaktu usianya 16 tahun, dengan sengaja dia tidak hadir ke musolla perempuan untuk membaca surah al-mulk bersama teman-teman asrama lain.

Dia lupa atau sebenarnya dia memang buat-buat lupa bahawasanya yang memberi dia ingatan itu adalah DIA bukan dia.

Keesokan harinya sewwaktu disoal oleh juri , semuanya dijawab dengan baik lancar, tetapi soalan terakhir, dia melencong jauh ke surah lain. Ya, surah almulk yang dirutininya setiap malam itulah yang teruji.

Tempat keempat yang diperolehinya itu, tidak membawa apa-apa erti melainkan sebuah penyesalan atas keangkuhan yang dia pamerkan pada Tuhan semalam.

Alhamdulillah, sewaktu disoal oleh pensyarah semalam akan surah al-mulk, pengalaman pahit itu tidak diulanginya. Cukuplah peristiwa lapan tahun lalu itu menjadi pedoman buatnya.

Sekarang dia sedang berfikir-fikir, apakah hafazannya itu hanya tinggal hafazan atau bagaimana mahu diaplikasikan dalam kehidupan..??

Ah, itu soalan tidak bijak sebenarnya. Sedang dia sudah mahu masuk tahun yang keempat di sini (Jordan), bukankah setiap subjek yang dipelajarinya disertakan dengan dalil-dalil..?

Atau sebenarnya, kau belajar kerana dicoba…??
Sekiranya kau tidak dicoba…??
Ah, masa terus berlalu, bakimu di sini hanya 10 bulan. Kau fikirlah sendiri..!!

No comments: