salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, January 26, 2009

katakanlah yang BENAR, walaupun ianya PAHIT....

Qulillhaq walau kana murrun….







Meneruskan hidup sebagai seorang insan yang memegang dua tanggungjawab utama yakni sebagai seorang khalifah dan da’ie menuju Allah. Namun, seringkali kita tersasar. Mujur jika hanya sedikit terpesong, tapi jika jauh tersasar dari kebenaran… siapa kan bisa menolong jika kita sendiri tidak menyedarinya??..
Kita semua khalifah. Kita semua dai’e. tetapi berapa ramai yang sedar akan hakikat itu???.. ana sendiri menyedarinya saat diri menginjak ingin meninggalkan usia belasan. Mungkin agak terlambat, tapi cukup untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana terpilih olehNya untuk sedar akan hakikat itu.
Bermula dengan mengislahkan diri… cukup perit dan payah. Kekuatan itu sangat perlu. Ah, jika tidak kuat atau lemah semangat, pasti kita kan berpatah balik kembali pada yang asal. Hijrah untuk diri bukan menanti saat maal hijrah menjelma untuk tahun2 yang seterusnya, tapi hijrah diri perlu disegerakan permulaannya. Mengislahkan diri bukan semudah membeli dan menukar pakaian baru. Bahkan memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Belajar untuk mengistiqamahkan diri dengan kebajikan dan kebaikan.
Lalu, sambil2 kita berhijrah, kita belajar menyelami hati sebagai seorang mad’u buat persiapan untuk kita meneruskan langkah sebagai seorang dai’e.
Cuba bilang berapa banyak kali kita dikejar mehnah tribulasi, atau dihimpit dugaan maha dahsyat dan berat??... tidak cukup jari yang sepuluh itu untuk menghitungnya meskipun dicampur dengan sepuluh lagi jari kaki. Air mata yang tumpah jua, entah berapa kolam banyaknya. Tapi,..hidup ni kan ibarat roda… Allah tu kan Maha Adil. Pasti tidak dibiarkan kita sendirian menangis meratap hiba atas nasib yang menimpa. Kita ada teman sebenarnya. Cuma kita yang alpa dan tidak menyedarinya.



Namun, segala yang hadir dan mewarnai hidup kita itulah yang membuatkan perjalanan hidup sebagai dai’e, terasa mencabar dan indah. Saat-saat kita cuba memakmurkan kebajikan dan menafikan kemungkaran, pasti ada tohmahan atau kata sinis yang dilemparkan. Berapa ramai yang dapat menerima yang haq…??? Berapa ramai yang bisa menolak yang batil…??? Lalu, peranan itulah yang perlu malah WAJIB kita galas,untuk memimpin umat manusia kembali ke jalan Allah. Katakanlah yang haq itu walaupun ianya pahit. Serulah kearah kebenaran walaupun ianya sakit. Usah berkira dengan tohmah!! Usah berkira dengan fitnah!!! Kita umat akhir zaman perlu kuat untuk tempuhi segala mehnah. Biarlah mereka memandang kita sebagai ghuraba’ atau golongan-golongan dagang di tengah kemajuan era globalisasi. Tanggungjawab tetap menjadi kewajipan ke atas kita.



Firman Allah s.w.t:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik”.
( Al-baqarah : 110 )


Seterusnya, jadilah dai’e yang menjadi qudwah hasanah pada masyarakat sekeliling. Berhikmahlah dengan para mad’u sasaran. Ambil sirah junjungan jadikan teladan dan pakaian.Yakinlah janji tuhan buat ghuraba’ akhir zaman. Ingat, walau apa jua yang berlaku, dan menimpa atas kita, kita masih ada tuhan Rabbal ‘Alamin. Jadikan Dia sebaik-baik teman dan penolong, nescaya jiwa kan segera tenang dan tidak tertekan. Bittaufiq wannajah ma’a mardhatillah.. Ameen.. TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!

Ana imtiyaz
11.06pm
250109

No comments: