salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, March 29, 2009

Maaf atas segalanya..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Kesibukan diriku dalam menguruskan hari-hari yang bakal tiba,sedikit sebanyak menguji ukhuwah di antara diriku dan para sahabat.




Buat adilah,diyana, wani sahlan, fatin, chern long, dn smua para sahabat yang lahir pada bulan mac ini, selamat hari lahir. Smoga diberkati kehidupan dan berjaya dunia dan akhirat.

Jua dalam kesibukan ini,membuat aku sendiri terlupa tentang diriku yang bakal menginjak angka 19.
Tidak terlalu tua tetapi bukan bermakna masih muda remaja. Tanggungjawab yang melebihi waktu yang ada yang menjadi salah satu penyebab,aku kalut dalam mengurus hidup.




Buat semua sahabat, seribu kemaafan ku pohon dari kalian kerana kekurangn masa untuk duduk bersembang barang sejam dua. Maaf yang teramat. Bukan bermakna diri ini mengasingkn diri. mungkin salah 1 cara untuk menyelamatkan ukhuwah ini, MARI BERMUJAHADAH BERSAMAKU.. Bersamaku dalam berlari2 agar perjalanan hidup kita,seiring dengan waktu.


Maaf skali lagi kerana cuti sem 2bulan yang pernah aku perkatakan bagai tidak wujud. Maaf sahabat,cuti ku cuma beberapa hari dari 2bulan itu meskipun aku jatuh sakit dan disyaki denggi. Syukran atas doa dan smangat dari para sahabat, kesihatan ku semakin baik. Aku sudah penat berulang alik ke hospital sekaligus mencuri masaku dalam meneruskn mujahadah ini..





Walau apa jua yang berlaku, aku amat menyayangi segala ukhuwah yang pernah bersemi.
Ayuh para sahabat,mari bersamaku berjalan pantas dalam meneruskn kehidupan yang serba singkat ini!!

Salam mujahadah

No comments: