salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, April 19, 2009

kepahitan itu cuma sementara

bismillahhi Allahuakbar

Sebak dia meluahkan rasa meskipun tiada air mata yang mengalir.
" enti dengar x ana cakap ni?" tersentak diri disoal begitu meskipun nadanya tidak sekeras mana. Silap ku juga kerana terlalu menghayati perasaannya, lansung tidak ku sedari ke mana melayangnya fikiran ini.

aiwa, bukan mudah untuk menerima sesuatu takdir yang tidak tejangka oleh otak fikiran.
Tapi, kita boleh belajar untuk menerimanya.
meskipun kita telah ada perancangan yang besar dalam meneruskan hidup.
oh,tidak mengapa... tuhan lebih mengetahui hakikat sesuatu perkara.
Bukankah Dia Maha Bijaksana dan Maha Teliti perancangannya.
Apa yang penting, teruskan usaha.

Sebenarnya, tiap apa yang tertulis dalam penulisan ini, adalah untuk memberi nasihat pada semua yang membaca dan buat Si Penulis sendiri.
Siapa x pernah rasa kecewa???
mungkin ada...tp jumlah x seberapa

terusan mencari kekuatan
anda rasa kecewa krn gagal untuk menyambung pelajaran?
atau mendapat pointer yang tidak sebaik sem yang lepas?
atau ditimbuni dengan assigemnt yg memeningkan kepala?
atau rasa dibebani dengan kerja-kerja dakwah?

dan sebagainya yang tidak mampu untuk disenaraikan..

la takhof..wa la tahzan
INNALLAHHA MA'ANA..
jangan takut,jangan bimbang
Allah tu sentiasa ada bersama kita,cuma persoalkan diri... adakah kita selalu merasa bersama Allah??

ana tinggalkan penulisan ini dengan persoalan itu...


salam musafir di bumi milikNya

No comments: