salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, May 1, 2009

'Umairatul Mahabbah

Bismillahhirrahmanirrahim..

masa masih mencurigai diri saya...
atau saya yangmenyebabkan masa berprasangka sebegitu???
Jika ingin salah menyalahkan, semestinya tidakkan ketemu penghujungnya.

sengaja saya titipkan penulisan ini buat renungan diri saya dan para sahabat
terutamanya buat usrah kedua saya, 'Umairatul mahabbah....

Buat along, angah, alang, achik, uda, anje, andak, aniq, acu dan adik,
maaf andai apa yang ateh coretkan di sini,menyentap sukma dan merentap rasa..

meyorot kembali saat-saat kita ditaaruf dan disatukan dalam satu usrah yang agak agak janggal bagi ateh. Kita disatukan dari tempat yang jauh berbeza. andak n aniq dari brunei. adik dr singapore. along dr ganu. angah dr johor. achik n uda dr perak. anje di sabah. alang n ateh dr selangor. n acu dr kedah.
Secara jujurnya, selepas ateh melangkah meninggalkan SRI Hira', 7 tahun yang lalu,
terus ateh terlupa apa itu usrah.
Apa yang ateh ingat, usrah kat hira' dulu, banyak tekankan mutabaah amal.itu je...
tapi itu 7 tahun yang dulu.

Untuk sem yang pertama, usrah kita sangat ekstrem. Bila along hantar mesej kata ada usrah, smua excited nak datang walaupun hampir kesemua daripada kita, tak faham dengan sebenarnya, apa itu usrah? mengapa perlu berusrah?
tapi....
masuk akhir sem 2, 'Umairatul mahabbah semakin sukar disatukan dalam satu2 masa.
Mujur ateh sebilik dengan alang dan satu aras dengan bilik aniq dan adik.
Mujur juga ada teh "ana" di bilik ateh yang meaih mampu mengikat kasih antara kita.
(terima kasih ummi krn memperkenalkan pada 'Abidah dgn teh "ana".)

Selalu juga aniq datang bilik ateh untuk berbincang mengenai masalah-masalh usrah.
Lalu, kami adakan juga meskipun tidak kesemua dapat hadir.
ateh pelik sebenarnya,...sebab, bila ateh ajak buat surprise ntk besday 'Umairatul mahabbah,boleh pula join. Semangat lagi tu.Bila berlaku situasi macam tu, alang pandang ateh, ateh pandang alang, kami angkat kening jungkit bahu. serentak.
Sebab...pelik...

Seminggu lagi nak masuk sem 3. Along dan angah mesti makin busy. yela, da masuk sem 5, mesti nak fokus pada banyak benda. Kalau nak usrah betul-betul mantap, tak boleh nak harapkan along ngan angah je. Diorang pn banyak lagi komitmen lain.
Di tambah lagi dengan bilik-bilik yang semakin berjauhan. Berterabur.
Nasib baik walaupun bilik ateh nun jauh di atas, alang dn achik masih sudi menapak.
Alhamdulillah..

Mungkin,dalam situasi seperti ini, ateh hanya mampu berusaha untuk kembalikan 'Umairatul Mahabbah yang dulu dan berdoa pada Alah, agar hati-hati kita masih utuh untuk menerima sebarang tarbiyah, baik dari segi berbentuk syadid atau sederhana.

Wahai puteri-puteri yang memakmurkan kasih sayang, moga kalian sentiasa berada dalam kebaikan. Harapan ateh agar ukhuwah kita masih mampu diselamatkan meskipun terdapat terlalu banyak anasir-anasir yang mengganggu gugat ukhuwah kita.

Tapi, percayalah, jika hubungan persaudaraan yang terjalin antara kita benar-benar kerana Allah, kita pasti kan bersatu kembali.

salam kasih bersulam rindu buat puteri-puteri pemakmur kasih sayang.

No comments: