salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, September 5, 2009

syukur Tuhan!!!

Dia menyandar pada dinding batu penuh kelelahan. Dia rimas. Serabut. Keadaan seperti itu sering menimbulkan sangkaan yang buruk pada Tuhan. Lebih teruk pabila dia merasakan tidak lagi punya tempat meluah apa yang terbuku.

Ah, dia rimas.. dia ingin jadi dirinya yang dulu. Saat itu sukar sekali kekurangannya dilihat oleh mata kasar manusia biasa. Lalu membuat dia diterima oleh insan di sekelilingnya. Tapi itu dulu.

Dia sekarang bukan lagi seperti dulu. Ada yang menerima kekurangannya dirinya, tidak kurang juga yang rajin memberi kritikan-kritikan yang sering membuat dia ingin jatuh.

Ah, dia benci. Mengapa dia dikenali? Dia hanya mahu jadi orang hebat di sebalik kain langsir. Dia tidak mahu dikenali. Cukup dia saja yang mengenali dirinya. Tapi sebaliknya yang berlaku.

Sejak itu, dia memencilkan diri. Menjauh. Dia tidak mahu lagi wujud di hadapan khalayak dan dikenali. Dia benci. Dia bukan insan yang baik dan maksum seperti nabi. Dan di kamarnyalah dia lebih banyak sendiri. Di situlah, tidurnya, ibadahnya dan segala apa yang bisa dilakukan di dalam kamar yang tidak sebesar mana itu.

Dia jatuh sakit tiba-tiba. Masanya banyak terhabis di atas tilam nan sederhana empuknya. Sering air matanya tumpah. “temanku di mana… aku ingin berbicara dengan mereka..” dia menangis lagi.

Mujur dia hidup di dalam suasana yang masih punya insan-insan yang peka terhadap keadaan sekeliling.

“dia di mana? Sudah jarang ku lihat dirinya…”

“dia sakitkah?”

“mengapa tidak lagi ku dengar suaranya berbicara…”

Dia menangis pabila melihat kamarnya yang sering sepi itu, dipenuhi teman-teman yang ditinggalkannya. Dia benar-benar tidak berdaya. Air sembahyangnya pun turut dibantu oleh teman-teman. Dia menangis lagi.

Mereka tidak kekok menyuapkannya makanan. Membersihkan tubuhnya dan berbagai lagi yang tidak mampu diungkapkan.

“tuhan, masih ada lagi insan seperti mereka… tapi mengapa bukan aku yang berada di kalangan mereka…???

“bangun ya. Ateh kena kuat lawan keasakitan. Tuhan mahu melihat sejauh mana kekuatan ateh mengharungi sakit ini,…

Air matanya tumpah lagi…

Tuhan….!!! Aku mahu berubah… betapa besarnya kesilapan langkah yang ku atur ini..

Sejak itu, dia semakin jarang temui…. Di kamarnya…

Tidurnya sudah tidak tentu lagi. Begitu juga makan minumnya. Tapi, dia tidak lagi sakit seperti yang lepas itu.

Dia bahagia dalam kesibukan dan perjuangan.

Satu perkara yang benar-benar merubah dirinya,

Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia yang tidak pernah memberi kesan apa-apa pada kita sebenarnya…

Dia sujud keharuan. Syukur Tuhan, kau bawa ku pulang….

-aura_insani- 040909
teruskan mencari diri...

No comments: