salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, November 26, 2009

salam 'eidul Adha




macam biasa..
semua telah pun ada di rumah pada saat-saat seperti ini meskipun tidak cukup sorang...

tapi.. la ba's..
perjuangan menuntut 1001 pengorbanan..
bahkan lebih dari itu..

buat adik-adik yang masih belum selesai dalam mmenempuhi perjuangan dalam perang SPM, truskan usaha adik-adik..
buat yang terbaik
apa yang penting, smua yang dilakukn, pastikan benar-benar kerana Allah


sedikit perkongsian pengalaman raya haji pada tahun lepas...

subhanallah..!!
abah ditaklifkan untuk menyembelih beberapa ekor lembu daripada berbelas-belas ekor lembu yang sedia untuk dikorbankan..

saya merasa bahagia melihat abah menyembelih lembu dengan penuh yakin..
dan lembu-lembu tersebut, pergi dengan keadaan yang aman..

yang saya nampak tentang abah sewaktu proses penyembelihan sedang berjalan, baik-baik belaka..
saya je kot yang tak baik sebab saya berada di celah kaum muslimiin ditemani dengan adik-adik lelaki saya..
kaum perempuan yang lain, sedang sibuk menyiapkn makanan untuk menjamu para hadirin

untuk lembu yang terakhir yang ditaklifkan pada abah untuk disembelih,
saya tidak melihat abah.
walhal jarak lembu yang sebelum itu, tidak jauh dengan lembu yang akhir ini.
saat-saat lembu itu disembelih, ia meronta tiba-tiba.
isy..dia berjaya bangun...hampir semua orang yang berda di situ lari...
termasuk saya

abah di mana???..
saya meronta di dalam hati
lalu saya berjalan masuk ke dalam masjid..
di luar masjid kelihatan abah sedang mambasuh pisau sembelihannya...
kemudian abah berjalan tenang menuju ke tempat sembelihan..

apa yang berlaku..
saya geleng kepala dan angguk sendiri..

rupanya, ada yang yang tak puas hati ngan abah sebab banyak sangat lembu yang ditaklifkan pada abah.
walhal ramai lagi yang baru dapat sijil kursus sembelih
saya geleng kepala lagi........

saya dikhabarkn oleh adik lelaki saya bahawa lembu yang terakhir itu disembelih sebanyak dua kali...
katanya, kali pertama sembelih, urat tak putus..

sejauh mana kesahihannya... wallahu a'lam..

moga, kisah ini tidak berulang lagi...
sian dengan abah.. ksian gak ngan lembu-lembu yang akan menjadi mangsa keadaan..
bersyukur sangatlah lembu-lembu tu sedia dikorbankan,
kalau mereka tahu ada konflik yang berlaku disebabkan pengorbanan mreka,
pasti mereka akan tarik diri...
ermm...pikir-pikirla sendiri






teruskan mencari diri...

1 comment:

Anonymous said...

mm...tahun ni abah lg kesian.

yg baik dtg dr Allah, manakala yg buruk dtg dr diri sendiri, namun hakikatnya kedua2nya adalah dari Allah Taala jua.

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - (albaqarah: 216)