salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, November 30, 2009

korban terakhir

salam mujahadah fillah...

agak pelik dengan tajuk di atas.

mungkin dalam 1 jam setengah lagi akan berakhirnya hari Raya Haji pada tahun 1430h ini..

maka, suasana di dalam rumah nan riuh ini bertambah gempak dengan laungan takbir dari adik-adik yang comel-comel tu..

memang itu yang diterapkan ummi setiap tahun setiap kali tiba 4 hari raya dalam bulan Zulhijjah..takbir dan takbir dan takbir.. maka bertakbirlah kami adik beradik dengan penuh penghayatan... mungkin agak lucu jika didengari..

tapi itulah yang ummi terapkan di samping menghadirkan rasa kekaguman terhadap pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....


Pengorbanan???.... apa itu pengorbanan...??

kalau tanya adik lelaki saya yang berumur 5 tahun tu, dia jawab simple je...

"apala andak ni, itu pun tak tau. ala pengorbanan lembu la.. sembelih lembu..."

saya hanya mampu menyeringai melihat reaksinya..

adik laki yang darjah tiga plak, jawab macam ni,..

"macam kisah nabi Ibrahim ngan Ismail. Dia sanggup sembelih anak dia, pastu Allah gantikan dengan biri-biri.."

saya bertanya lagi, " kalaulah ata' ullah kena sembelih anak ata' Ullah, ata' sanggup tak??

dia jawab, "mestilah sanggup kalau Allah yang suruh,"

"ha, sekarang pegi siap solat..." maka dia pun bingkas bangun menuju ke bilik air...

itu jawapan dari adik-adik yang bawah umur kematangan.

tapi realistik gak jawapan-jawapan tu..

Kalau saya yang ditanya tentang makna pengorbanan tu, saya nak jawab apa agaknya ye...



Mari kita berbicara dalam skop sebagai seorang MUSLIM.

Seringnya dalam menjadi pembela agama, kita sering terasa sakit untuk melaksanakan tuntutan syariat yang kita tak biasa atau tak pernah lakukan.

Bercakap memang senang. Berdegang-dengang (kata seorang senior)..

tapi berapa ramai yang berjaya melaksanakan apa yang diperkatakannya...???
bahkan dalam soal ibadah sekalipun...

rasa-rasanya apa yang saya tulis ni, terkeluar dari skop pengorbanan tak...??
terpulang untuk menilai.

mungkin kita merasa sakit untuk berjaga malam
rasa berat untuk meninggalkan kamar peraduan...
walhal malam sebelumnya, kita bergerak kerja untuk Islam..
dan seringnya kita lewat di tikar sejadah setiap kali tibanya waktu solat...
sibuk dengan gerak kerja Islam...

rasanya tidak perlu saya berbicara panjang berkenaan dengan perkara ini...

jadi, buat diri saya khususnya, jua buat tatapan sahabat seperjuangan,
pengorbanan itu sebenarnya, mengajar kita tentang banyak perkara...
kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki selaku seorang MUSLIM,

renung seketika...

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dulu
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilatmu masih tidak djaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan TV, movie, game dengan alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan Rasulnya
katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding Alquran 1 juz sehari
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding Islam
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah di hatimu tanpa ada usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu
bukan untuk kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal Qiyamullail
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri akibat lalai kerana tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding dakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah.
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bahagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih seperti dulu
dari segala serba serbi.....
jika kau masih mengatakan kau seorang pejuang,
renung-renungkanlah ini untuk dihayati...

salam penyucian jiwa buat diri yang sering alpa....


teruskan mencari diri...

2 comments:

PEKAN GUEST HOUSE said...

salam..posting yang menarik..motivasi buat muslim yang mengaku pejuang untuk mempersiapkan diri..mmg bnar ia satu hakikat yg perlu dibersihkan bg mereka yg mengaku seorg pjuang..trus thabat..

Anonymous said...

pandainye amru bg jwpn. skurg2nye dia tau mkne pngorbanan u thp usia 5 thn. tgelak den dgr jwpn dia..

katanya kau seorang pejuang..
tp bila diberi arahan kau terus membangkang
katanya kau seorang pejuang..
namun rasa hormat pada yg sepatutnya kurang

seorang pejuang perlu berjuang melawan nafsunya terlebih dahulu,
pejuang yang mengikut rasa hatinya pasti binasa,
pejuang yang punya ego melangit pasti terpelanting sudahnya..

wallahu a'lam bissawab