salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, March 9, 2010

pemikir atau copy paste?


Generasi pemikir atau generasi copy paste

Zaman kini telah menghasilkan pelbagai jenis generasi. Dan setiapnya pasti ada kepentingan masing-masing.
Di zaman yang serba canggih ini, kita semakin kekurangan generasi pemikir.

Tapi benarkah??
Seringnya pabila menyiapkan kertas kerja untuk melaksanakan sesuatu, kita lebih selesa menggunakan kertas kerja yang lama dan diedit kembali.
Namun itu bukan persoalan utama…


Kita semakin hilang generasi pemikir kerana semakin bertambahnya generasi copy paste.
Generasi copy paste atau juga boleh diertikan sebagai generasi taqlid.
Pemerhatian yang dilakukan banyak membuktikan generasi pada hari ini, semakin kurang berfikir malah malas untuk berfikir.


“small matter la beb. Ikut dia la nak buat apa,”
“ko sibuk-sibuk ni apsal…??? Jadi prob ke beb??..”
“aku,aku..kau,kau..,”


Mungkin ada yang menganggapnya, ia bukanlah suatu masalah yang kronik. Tapi hakikatnya, ia adalah masalah yang sangat kronik lebih-lebih lagi apabila ia berkait rapat dengan aqidah muslim.


Masih tidak dapat menerima bahawa kekurangan generasi pemikir adalah masalah yang berat…??
Itu terpulang. Saya sekadar berkongsi pendapat tentang generasi masa kini.
Melihat kepada isu-isu semasa, contohnya isu kalimah Allah. Dengan sewenang-wenangnya, kita menerima pakai apa yang termaktub dalam media massa yang penuh dengan kebobrokan. Bukan sahaja media massa, waima apabila kita menghadiri sesuatu diskusi atau ceramah sekalipun, kita tidak sepatutnya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan.
Di dalam Alquran juga menekankan tentang konsep fatabaiyyanu…..

tetapi, berapa ramai yang rajin mencari kebenaran untuk isu-isu seperti itu..??
Lalu ramailah yang hanyut….. dibawa arus penipuan akibat malas berfikir panjang.
Mengapa saya menyebut generasi copy paste bukan generasi taqlid?? Kerana generasi masa kini, lebih gemar menyalin pendapat orang lain yang tidak pasti akan kebenarannya dan ditampal menjadi pendapat sendiri.

Semakin hari, semakin kurang golongan mufakkirin. Sedangkan mufakkirin sangat diperlukan demi menjana dan menjayakan pelbagai misi.
Akhir kalam, kitakah generasi copy paste itu? Meniru bulat-bulat budaya barat dan menampalkannya di badan sendiri…

Kitakah salah seorang daripada generasi copy paste itu??







teruskan mencari diri...

No comments: