salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, March 22, 2010

buat ummi.....



Tiba-tiba rindu pada ummi… walhal baru sebentar tadi mendengar suara sayunya dari speaker handphone. Mungkin kerana telah lama tidak pulang membuatkan saya onar sebegini. Benar-benar gelisah merindui seorang insan yang bergelar ummi. Saya jarang mempunyai perasaan sebegini. Kerana sejak sekolah rendah saya dilatih berjauhan dengan keluarga. Tapi kini saya bukan lagi di bangku sekolah, tetapi di kampus.



Naluri untuk pulang ke rumah, meronta-ronta sepi.

Sabar wahai diri…

Saya segera menyelesaikan gerak kerja yang masih tertangguh.
Bukan sengaja tidak mahu pulang, tapi perjuangan menuntut 1001 pengorbanan.
Ummi, doakan anakmu ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah s.w.t….
Lagu pejuang nyanyian kumpulan the zikr yang sedang beralun menambah sayu di hati. Ya Allah, kuatkan hati ini…

Ummi, adalah insan yang tabah menghadapi mehnah hidup dalam membesarkan 12 orang anak. Jiwanya muda, seperti anak-anaknya. Cuma ummi tidak gemar melihat anak-anaknya membaca novel-novel yang berunsur cinta yang membuang masa.

“Ya Allah, lekanya budak-budak ni. Tu dah lekat ngan novel tu, tak gerakla nampaknya. Tak berasapla dapur tu hari ni…”

ayat ummi bila melihat kami terlalu ralit menghadap novel. Sekarang saya tidak lagi membaca novel-novel sebegitu. Itu Cuma waktu zaman kanak-kanak dulu.

Bila teringat ummi, saya bisa tergelak besar secara tiba-tiba, atau tersenyum bahagia, tersengih musykil, dan paling penting, saya mampu untuk mengalirkan air mata yang mengandungi seribu makna dan tafsiran.

Ummi bukan insan biasa meski dia tidak lari dari berbuat khilaf.
Sejarah hidup ummi, banyak mengajar saya erti ketabahan hati seorang anak gadis yang dibesarkan tanpa kasih sayang dari seorang ibu.
Hati saya bertambah hiba………………………………………..
Moga ummi mengerti mengapa saya pulang ke rumah cuma sebulan sekali…kadang-kadang 2 bulan sekali. Meski jarak kampus ke rumah tidak sampai 1 jam jika berkenderaan sendiri dan 3 jam jika menaiki pengangkutan awam.

Ya Allah, moga perjuangan ini diredhai oleh Mu dan ibu bapaku.
Dan semoga perjuangan ini, tidak menjadi hijab hubungan di antara kami anak-beranak.
Semoga perjuangan ini menjadi wasilah untuk diri ini mengislahkan diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.
Ameeen……………

Salam juang menjadi insan yang murabbi.


teruskan mencari diri...

No comments: