salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, June 28, 2010

kenapa tak suka masuk meting?

Meting bermula...


"Ok jadi kita akan lantik Majlis Tertinggi untuk susun organisasi yang bawah-bawah,"
suara seorang ahli mesyuarat.

"jap2, sebelum tu, kita kena tau dulu objektif program ni. Misi dan Visi. Ni tak bagitau pape lagi da terus nak lantik,"balas seorang ahli mesyuarat yang sering bersikap dengan sifat TOPI MERAH.

"Eh, tak boleh gitu. Nanti jadi rumit. Lantik dulu MT," yang lain bersuara.

"Lah,.. mana boleh, bagitau objektif dulu, baru program jadi lancar," TOPI MERAH membalas kembali.

" Sape yang nak bentang objektif? Enta ka? Kalau enta yang nak bentang, silakan.." seorang ahli cuba mewjudkan provokasi.

"kenapa ana pula.. oh,ok2.. kita lantik MT dulu,"TOPI MERAH mengalah.

"Jadi kita teruskan mesyuarat kita dengan melantik barisan MT yang terdiri dari Pengarah, Bendahari, dan setiausaha,"mesyuarat diteruskan.

"Timbalan xpayah ka?"seseorang mencelah.
"Mestilah ada. Kalau x, naya buat kerja sensorang. Sian kat muslimin," berberapa orang muslimat menjungkitkan sebelah kening.

"Musykil," seorang lagi ahli bersuara perlahan. Mungkin pening dengan keadaan meting yang agak bercelaru.
















Pernah rasa tak meting yang macam tu..??
Lagi kritkal pun pernah kot. Tau-tau ja ada berapa orang ahli mesyuarat lari keluar meting.

kena fikir jugak sebab apa, mungkin sebab sikap kita gak yang kurang pandai menghayati suasana meting yang sebenar.

Meting cool sangat pun x best gak
Meting Over PANASSS pun, tak bagus jugak. Lain jadinya nanti.

Mungkin sedikit panduan yang diberikan, sedikit sebanyak boleh memperbaiki keadaan meting yang kita sertai.

1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.
2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.
3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.

4. Tentukan tujuan berfikir.

5. “Tukar gear otak”; tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif.

6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.

7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.

8. Beri tempat kepada perasaan.

9. Tukar ganti pemikirann secara luas dan secara terperinci.

10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.

11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.



Selamat bermeting..

teruskan mencari diri...

6 comments:

Anonymous said...

macam saya tahu2 jer sapa yg xsuke msok meeting tuh...hahaha=)

zirah said...

macam saya tahu2 jer sapa yg xsuke msok meeting tuh...hahaha=)

Ahmad Ulwan b Hassim said...

Salam..gnakan kesemua konsep Six Thinking Hats yg diperkenalkn oleh Edward de Bono tu bru seimbang dlm meeting..

bru wujud suasana meeting..tp yg plg pntg dlm meeting..kna ingt yg meeting yg berkesan ialah meeting yg singkat dn dpt selesaikn mslh pd prgkt tu sja xperlu dibw ke prgkt lain..

bkn meeting yg berjam2 tp byk mslh x selesai..

skdr perkongsian..

ikhwan hafiz said...

semua tau teori tu... tp bila masuk meeting semua senyap tanpa kata... yg pasti, kita tau apa yg kita nk capai dari meeting yg kita lalui... biar bergaduh di dalam meeting, jgn bergaduh di luar meeting... bergaduh sebelum mendapat kata putus... bila dah dpt kata putus, kena redha.. jgn buat meeting di luar meeting... ini lagi bahaya

Anonymous said...

oh, tau ya sapa yg x suka msuk meting tu..
anjang,kna nasihatkan dia..

stuju ngan Ahmad Ulwan..
ramai je tau tntg konsep topi tu, tp praktikalnya y org susah nk buat..

khaalahzu said...

tak suka, tak suka