"berapa umur enti?"seorang teman bertanya kepada saya sebaik sahaja kelas fiqh munakahat II berakhir.
"21,"
"alhamdulillah enti sedar,"
"maksudnya apa?" saya terpinga-pinga dengan tujuan soalan itu ditanyakan.
"betulla enti 21 kan?"teman itu tersenyum memandang saya.
"yalah kalau ikut tahun hijrah. Eh2, bukan, ana dah 22 la kalau ikut tahun hijrah. Lupa ana yang 21 tu tahun masihi...tak perasan ana masa yang berlalu..isk3..sadis..," baru saya faham kenapa soalan itu ditanyakan.
Masa tidak lagi merangkak seperti dulu, malah sedang berlari makin laju. Terjatuh-jatuh saya mengejarnya.
Muhammad Amru Sabiq 7 tahun,adik saya yang ke-8, baru sahaja melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Kembali ke Sekolah Rendah Islam Hira' ,Klang yang sama dengan saya, kakak-kakak dan abang saya, setelah sekian lama adik-adik saya yang lain bersekolah di sekolah lain.
Adik saya yang kelima, baru sahaja melangkah ke alam sekolah menengah. Tahniah atas pencapaian UPSR dan PSRA.
Kagum melihat usahanya dalam menjaga kerohaniannya sepanjang fatrah UPSR dan PSRA. Moga terus istiqamah dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan.
Waktu sedang berlari meninggalkan saya. Tercungap-cungap saya mengejarnya kembali.
"Kak, akak dah sedia nak tinggalkan bumi barakah ni?"seorang junior bertanya.
"mungkin tidak. Tapi apa pun jawapannya, tetap perlu meninggalkan daerah ini,"saya menjawab sayu.
________________________________________________________
"Bila hang nak habis, rumah ni sedang menunggu hang untuk berkhidmat padanya,"kata-kata yang kerap k.long suarakan.
Rumah oh rumah....
Bukan sengaja tidak mahu pulang, tapi......
______________________________________________________
Tahun baru ini, bukan masa untuk bergembira. Langkah yang akan dituntun pergi dari bumi barakah ini, kan kuatkah???
Sejauh mana persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran di luar sana?
Andai saya adalah seorang manusia yang tidak pernah turun dalam masyarakat sepanjang tempoh pengajian saya di bumi barakah ini, adakah saya mempu untuk berbuat demikian seusai tamat pelajaran di sini?
"Tak payah fikir sangat semua tu. Siapkan dulu tesis tu. 30 juz Alquran kena pegang. Exam da tak lama da. Lpastu hang nak pikir apa, pikirla..."tegur seorang teman.
Jadi, 30 Juz Alquran yang saya sedang iadah sekarang, hanya semata-mata untuk exam yang bakal datangkah??
30 juz Alquran itu tidak ada kaitan dengan masyarakatkah?
Mungkin jawapan itu kan saya temui pada malam 1000 pejuang dan majlis khatam yang akan berlansung tidak lama lagi.
Melihat, memerhati dan memahami dengan mata hati.
No comments:
Post a Comment