Sudah lama membiarkan blog ini bersawang. Bukan disengajakan, tapi bukankah Alwajibat aksaru minal awqat??? Ha3… alasan saja semua itu.
Sesi penjilidan tesis yang pertama, hampir saja berlalu, Cuma tinggal dua sesi sahaja lagi. Bukan2, cuma tinggal satu sesi je lagi. Akademik nak percepatkan tarikh hantar tesis. Ini bermakna, tempoh untuk menyiapkan tesis yang telah disemak oleh penyelia, Cuma tinggal seminggu sahaja lagi. Oh, apa cer?
Sambil menyelak-nyelak kertas kerja Kongres pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (KO-SPIN 09) saya cuba memerah idea untuk menjelaskan tentang peribadi muslim yang cuba saya sampaikan di dalam kajian tesis saya.
Ditambah dengan penyelia tesis yang sememangnya telah saya makruf akan kesibukannya tetapi masih berdegil memilih beliau untuk menjadi penyelia disebabkan pengalaman-pengalaman yang lepas mempamerkan kepakarannya dalam membantu anak-anak seliaan tesis walaupun tersangat sibuk.
Entah bagaimana saya teringat akan kata-kata taujihat mantan-mantan Timb.Exco PERKEMAT 09/10 yang saya terbaca sebelum ia diserahkan kepada bakal-bakal Timb.Exco yang akan menggantikan tempat mereka. Bohong jika saya mengatakan tidak ada apa-apa bila saya membaca kata-kata taujihat itu.
Saya kenal sorang-sorang mantan-mantan itu. Langkah kami sama. Pernah seiring. Lalu bila hasil tulisan tangan seorang sahabat dibaca, pasti ada yang tertempias pada diri.
Pagi tadi, abah dan umi saya datang melawat meskipun kelas tasme’ sedang berjalan seperti biasa.
Abah mengajak saya menyertai kelas pidato anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Kata abah, dua orang adik lelaki saya, tingkatan 2 dan 5 pun abah hantar ke kelas tersebut.
“dapat apa abah kalau ‘Abidah ikut pun?”sengaja saya bertanya soalan itu.
“ boleh ‘Abidah latih skill bercakap. Boleh berpidato depan orang dengan berani,”jawab abah cool.
Pandai bercakap? Mahir berpidato? Rasanya sudah ramai yang memiliki skill itu. Hatta dikalangan sahabat sahabiah saya pun kebanyakannya terdiri dari orang-orang yang kelihatan hebat percakapannya.
Pernah saya ditanya oleh seorang adik perempuan saya yang juga kini sedang menuntut di IPT.
“kak, kalau ada program tahsin ibadah, gtau kita ye. Kita nak ikut,”
“jarangla ada tahsin ibadah untuk umur yang macam hang,”saya menjawab musykil.
“akk kan ramai kawan-kawan yang selalu jadi facy, tolonglah tanya-tanyakan. Ibadah kita dah kritikal neh…”
Oh, ada plak jawapan yang macam tu ye. Lalu saya merenung kembali permintaan yang diutarakan itu.
“Ibadah saya pula bagaimana ye?”
“Akhlak?”
Saya tak rasa layak untuk menjadi seperti sahabat sahabiah yang mampu untuk berhujjah, berdebat untuk perkara-perkara tertentu.
Kelemahan diri yang mengelilingi bagai rasa menguasai diri.
Siapa yang tidak gerun untuk bercakap perkara yang tidak pasti. Bukankah telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata itu akan dahulu diuji…??
Bermakna saya tidak mahu diuji? Begitukah? Saya tidak pasti………..
Kajian tesis yang saya perlu siapkan, memaksa saya untuk membaca buku-buku berkaitan dengan kerohanian,peribadi dan akhlak seorang muslim.
Benarkah saya termasuk dalam golongan orang-orang tarbiyah…??? Saya tergelak kecil..huh
Orang-orang yang tarbiyah yang bagaimanakah?
Bukankah orang-orang tarbiyah itu kan punyai hati seorang sufi,Jasadnya jundi, fikrahnya haraki?
Jika tidak, atau kurang salah satu daripadanya, adakah saya dikira orang tarbiyah yang tidak menjadi?
Segalanya penuh persoalan. Saya memang suka berteka-teki dengan diri dan akhirnya bila tak ketemu jawapan yang dicari, terasa seperti menghilang diri.
Persoalan itu ada jawapannya, itu kata seorang teman. Namun bila dipinta untuk dikemukakan jawapannya, dia diam membisu seribu bahasa.
Ah, malas saya ingin menjadi seorang retorika.
Mengapa tidak berterus terang dengan kelemahan yang kita ada. Akuilah, dan kita sama-sama perbaiki.
Jadilah orang hebat yang bukan hanya di mata manusia, tapi juga hebat di sisi pandang Tuhannya.
Berpijaklah di bumi yang nyata, bukan terapung di atas pujian manusia kerna bimbang bila nista itu hadir,kan jatuh berdebuk ke bumi dan sukar untuk bangkit semula!
Biarlah… biarkan saya terbang menggapai langit mencari jawapannya.
aura insani
281210
No comments:
Post a Comment