salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, May 5, 2011

Ce baca tu. Koc Untuk Wanita Sahaja.



"Masuklah dalam lagi, orang lain pun nak masuk jugak!"...

"Wei, sabar boleh tak?"...

"Dah tak muatla..Tak yah nak tolak-tolak.."...

Fuuh....bingit... Ni baru org shah alam datang KL,belum lagi yang datang dari ceruk hulu nun. Bersesak dalam tren bagai nak mati. What? Nak mati? Ko jangan main-main....

Seriously...Habis kawan aku yang kecik tu tersepit.

Mujur ada ruang sket untuk bernafas. Tu tak kira lagi tulang-tulang yang dah terkepit senget. Isk3.

"Kak, saya tersepit kak. Nafas saya sesak,.."kedengaran satu suara kecil merayu.

Lahawlawalaquwwata illa billahhil 'aliyyil 'azim...

Kesian budak permpuan tu. Mentang-mentang dia rendah ja. Yang tinggi-tinggi ni buat dek je dengan dia. Siap terpijak lagi kaki si kecil ni.

"Kak, adik ni tersekat nafas dia. Boleh akak ke tepi sket," saya cuba menyampaikan suara hati adik tu kat kakak-kakak yang dok kepung keliling dia.

Lah..tak berganjak sket pun. Siap buat muka...Pergh..


Koc wanita oh koc wanita. Dulu waktu koc untuk wanita ni baru ada, banyak ngomelan yang saya dengar.

"Apala, habis kalau yang laki bini tu macam mana..tak kan nak kena pisah jugak kot.." Oh,yang ni saya boleh tahan lagi.

"Semalam i naik ngan BF i, ada ke patut pak cik polis tu suruh My BF keluar pi koc lain...".. nasib ekaula.


La ni, ladies coach la yang selalu penuh bersesak-sesak. Mungkin majoriti wanita rasa 'sangat selamat' kot kalau masuk ladies coaches. Nak katanya, sampai rasa kekok sangat kalau termasuk koc yang bukan ladies coaches tu.

Dunia akhir zaman kini, menunjukkan kuantiti wanita yang lebih ramai daripada lelaki. 1 nisbah 4. Atau saya pernah dengar gak, 1 lelaki bersamaan 50 orang wanita. Jadi bagaimana dengan koc tu? Mungkin boleh tambah lagi kot koc untuk wanita.

"eh,mamat ni apsal plak dok dalam koc ni," saya memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan.

"Erm..dia berdiri dekat sebelah pintu yang ada label ladies coaches..boleh jadi dia buta huruf,".

"Bukanlah, dia tersalah tren la. Pi la bagitau dia,".

"Hang la pi..,".

" Cek rasa la, mungkin dia rasa lebih selamat berada dalam koc wanita,".

"Tapi dia laki,".

"Permpuan kot, nampak ja macam laki,".

"Ha3...maknyah pun masuk ladies coach tau... Makin sesakla ladies coaches tu.......".

Tak boleh nak kata apa dah kalau tak berani nak Amar Makruf Nahi Mungkar.

Jalan-jalan cari sabar............~_^

6 comments:

Nur Afifah Muhamad said...

Pakat menyamar jd boys plak pasni..jom penuhi coach men only..haha

amira baharudin said...

hm.. slalu sye msuk coach wanita, mesti ade gak lelaki. nasib baik lar sekarang ade guard untuk halang lelaki dari masuk coach wanita.

ilmi_alfauzani said...

Susahnya manusia nak patuhi peraturan.. Dah lah tahu salah, tapi buat muka seposen je.. Itulah sebab ramai yang tak segan silu mempersendakan syariat Allah.. Huhu.. segalanya berbalik kepada hati.. dan sumber pembentukan hati tu pula berpunca dari makanan..hmm..

AnA ImTiYaZ.. said...

afnan- kak stat dlu lah..hu3..nnt den tgk kesannya..

jalan-jalan cari sabar dengan sabar..

Mahyuddin said...
This comment has been removed by the author.
~serikandi kaktus~ said...

"err..exuse me sir, this coach 4 ladies only.. yg laki kat sblah sana.."

ouh yeker.. ok2..

kata si srikandi kaktus pada 2 mamat cina. brgkali dia selesa berada dlm zon pink itu..

org kliling pandang2, duk pk 2 3 kali sapa lah yg nk halau mamat ni.. pandang saje xguna.