salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, April 7, 2012

CarTa HaTi~

''Sejak pencalonan baru
Kau melonjak ke puncak kegemaranku tak jemu
Juara carta jiwaku

Takkan goyah
Kedudukan tak berubah
kau kekal nombor satu
Juara carta jiwaku

Jika disamakan kisah cinta kita dengan
perumpamaan
Aku bagai gurun dahaga menagih kehadiranmu
hujan
Dah pernah ku rasa segala pahit manis dalam
pengkongsian sukma
Namun masih rela ku menepuh lagi asal kau
ganjarannya

Dan terbayang naluri…kita bersama nanti
Sehingga nyawa ku berakhir
Takkan ku biar kau tersingkir''



Bagai masih terngiang-ngiang di telinga suara anita sarawak menyanyikan lagu juara carta dengan penuh semangat dan rancak. Meskipun lagu itu saya dengar 8-9 tahun yang lepas, tapi seakan-akan ia masih jelas di pendengaran.

Ya,lagu yang pernah menjadi juara di carta ERA.fm.
Saya bukanlah peminat anita sarawak, bukan juga pendengar tegar ERA.fm di waktu itu.
Tapi,hampir kesemua lagu yang famous pada tahun 2003-2004,saya mengingati liriknya.
Hampir saja saban waktu telinga saya dihidangkan dengan lagu-lagu yang melalaikan.

Waktu itu,telinga saya cuma menjadi mangsa keadaan.
(ikim.fm belum cukup masyhur waktu tu)

Hari ini,lagu itu bermain kembali di fikiran, saat seorang teman mengingatkan saya tentang apa yang sering tercarta dalam hati sebagai seorang insan.

Adakah yang menduduki carta teratas adalah duniawi yang penuh dengan kebobrokan..??
atau rasa cinta pada harta yang melimpah ruah??
atau jua rasa cinta pada seorang kekasih yang sentiasa hadir dalam mimpi-mimpi indah..??
ataukah ada jua rasa ingin dekat dengan sang pencipta..??

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (al-Mukminun: 115)

Carta amal kitalah yang menentukan carta hati kita.

Saat terlihat borang mutaba'ah amal yang telah sekian lama tersimpan rapi,hati terketuk seketika.

Apakah dan siapakah yang telah menjuarai carta hati kita saat ini..??
dan saat Tuhan menghantar hidayah mengetuk pintu-pintu hati,adakah kita sedar akan kehadirannya itu..??
Atau kita, pura-pura tidak perasan akan kehadirannya..??

Pesan seorang teman tentang carta amal membuatkan lagu juara carta bermain semula di kotak minda.

Adakah rindu untuk menemui TUHAN berada di carta teratas??
Di tangga manakah terletaknya rasa cinta kepada Nabi MUhammad s.a.w..??
dan misi menyelamatkan ummah berada di tangga mana..??

Carta amalan seharian kita lah yang menentukan carta hati kita.

p/s:siapakah atau apakah saat ini yang sedang menjuarai carta hati saya..??


No comments: