salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, May 14, 2014

Pesan Murobbi II


Aku pandang langit. Seakan melihat awan menjelir lidah padaku.

"Apa kau fikir kau seorang je ada murobbi..??" aku menghambur kata padanya.

Gila. Itu yang biasa akan orang bicarakan saat melihatku berbicara seorang diri. Tabiat. Kau ingat mudah nak ubah..??

Ah, kadang kalau terlalu memikir apa kata manusia padaku, memang tak maju aku melangkah. Segalanya serba tak kena.

Sudah masuk tahun ketiga aku di sini (baca: Mu'tah, Jordan). Ya, bahkan hanya tinggal beberapa bulan lagi aku akan menjengah tahun yang keempat.

Aku mula mencari murobbi sejak aku di kampus lama. Itupun fikirku tidak berapa serius. Pesan murobbi ku ambil sepi. Hingga aku tiba di sini.

Lima bulan yang pertama. Yang aku temui adalah KOSONG. Kau tahu kosong?
Sebab aku manusia yang tamak. Semua benda ingin aku cuba, tetapi malang, keyakinan diri yang sangat rendah membuatkan segala yang aku cuba, sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Penghujung tahun kedua di sini, baru aku benar-benar sedar bahawasanya, cinta itu sangat menyakitkan.

Bila kita mulai suka dan berminat untuk istiqamah dalam sesuatu amalan kebaikan itu, kita akan teruji.

Sungguh.

Pertembungan dan pengorbanan. Itu antara yang paling kerap menguji.

Sehingga saat aku bertanyakan pada murobbi akan keadaan diriku yang serba kurang dan masih gagal menguruskan pertembungan, ringkas murobbiku menjawab,

"Itu bukan sifat anak panah ISLAM," terasa ditembak bertalu-talu pabila mendengar ayat itu. Hampir rebah.

Ya, aku belum layak menjadi anak panah ISLAM. Saat tenaga aku diperlukan, aku masih berfikir yang mana utama, dan yang mana kurang utama. Bukan seketika. Pernah sehingga berminggu-minggu.

Lantas segala kerja tertangguh dek memikir sebuah keutamaan.

"Apabila enti menghadapi pertembungan, enti perlu tahu, pasti ada yang perlu dikorbankan,".

Kaku. Bagaimana harus aku mengorbankan apa yang lebih aku sukai.

"Nah,lihat. Enti lebih mengutamakan minat enti berbanding perkara yang enti lebih utama untuk laksanakan dan dalam amsa yang sama enti tak berapa minat perkara tersebut, mahu jadi anak panah ISLAM kan?".

Sejak dari saat itu, tabiatku berbicara dengan langit, semakin menjadi-jadi. Kerna aku yakin, di balik sana, ada DIA yang sebenarnya berbicara denganku.

Ya, cinta adalah pengorbanan.

Apabila ada dua, atau tiga, bahkan empat atau lima pertembungan yang perlu aku urusi, sepatutnya di penghujung wakyu aku di sini, tidak perlu lagi aku pening kepala membuat pertimbangan.

Jika masih ragu-ragu, bagaimana ingin aku wakafkan diri untuk ISLAM...??

Ya Rabb,,, aku cuma hambaMU..

No comments: