salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, May 16, 2010

Alahai...

Sewaktu sedang mengemas-ngemas ruang masak di bilik serbaguna milik sementara saya,
tiba-tiba, muncul seekor makhluk kecil ciptaan Allah yang cukup meggelikan urat nadi saya apabila melihatnya. Saya berhenti dari mengemas kerana merasakan geli yang teramat sangat. Walhal makhluk tersebut telah pun mencicip lari kerana gerun melihat saya yang berganda lebih besar dari seekor cicak yang kecil.


Sem yang lepas juga saya mengalami masalah yang sama.


Masalah CICAK!!


Lalu, pada suatu hari, sewaktu saya menemani ummi dan abah ke pasar tani, saya terjumpa satu produk yang sangat menarik perhatian saya.


Racun CICAK!!


Hati saya merasa sangat berbunga.


Cumanya,…. Ada sesuatu yang berlegar di fikiran saya. Segera saya menyuarakannya kepada penjual yang menjual ubat-ubatan yang pelik-pelik itu.


“Pakcik, ubat halau cicak xda ke?”


“tak da dik. Guna la racun cicak ni. Kalau guna untuk halau pun, nanti dia datang balik. Baik bunuh terus,”pakcik itu menjawab sambil menunjukkan jarinya kea rah sebuah balang kaca besar yang dipenuhi dengan CICAK-CICAK!!!. Bertambah kegelian yang dirasai bila melihat balang tersebut.


“Tapi,pakcik….” Saya teragak-agak untuk membalas.


“kalau cicak tu mati, siapa nak buang?????............” saya menghabiskan ayat terakhir dengan rasa malu yang teramat. Malunya saya sebab takut cicak. Oh, bukan takut, geli jeee…


Maka saya pun membeli sebotol kecil racun cicak yang berwarna hijau itu.
Sudah seminggu racun cicak itu saya beli. Tapi, macam sekadar menjadi perhiasan di rak buku saya. Bila ada kawan yang melihat dan bertanya, saya cuma menjawab, “ubat cicak”….


Hinggalah pada suatu hari, saya sudah tidak tertahan lagi menghadapi cicak-cicak yang semakin berani menonjolkan diri di hadapan saya. Bukan seekor, tapi 2-3 ekor!!!


Saya pun memulakan operasi menyapu cecair racun cicak itu ke tempat yang sering menjadi highway cicak-cicak tersebut. Seusai menggunakannya, saya meletakkan kembali botol kecil tersebut di rak seperti biasa.


Sebaik sahaja memusingkan badan, kelihatan seekor cicak telah melekat di cairan tersebut, betul-betul depan mata saya!!!


Cicak tersebut berusaha melarikan diri,….namun tidak Berjaya. Akhirnya pergerakan cicak tersebut, berhenti perlahan-lahan dan mati.
Pergh…saya menjadi semakin mual dan geli, lalu saya segera mengeluarkan diri dari bilik dan menumpang kasih di bilik orang lain.


Saya bertanya pada kawan-kawan, kalau2 ada yang tidak geli pada cicak. Seorang sahabat yang bergelar adik berjanji akan membantu saya.


Namun malangnya, dia tertidur sewaktu sedang mengaji membuatkan dia tidak berdaya untuk membantu saya pada malam itu….


Mana saya nak tidur malam ni,kalau rumate ada, brani sket. Ni rumate pun dah lama x nampak batang hidung… saya berbisik dalam hati.


Perlahan-lahan, saya melangkah pulang ke bilik. Kalau bukan saya sendiri yang akan membuang bangkai cicak tersebut, siapa lagi yang akan melakukannya!


Setelah bermacam-macam usaha dan cara telah dilakukan, Alhamdulillah, bilik saya kembali tenteram…


Cuma cicak-cicak yang terselamat dari racun tersebut masih tidak jemu menziarahi saya saban waktu. Itulah perkara yang sama yang dialami oleh semua pelajar yang duduk di bilik di tingkat paling atas.


Apa ibrah yang dapat saya kutip sepanjang tempoh penyeksaan jiwa selama berhadapan dengan cicak-cicak tu…??
Jangan lari dari masalah.
Jangan buat masalah.
Jangan terlalu begantung harap pada orang lain. Belajar untuk berdikari.


Boleh settle ke kalau lari dari masalah???...


Ya, mungkin. Tapi, cicak-cicak akan bercambah dengan biaknya apabila melihat tiada halangan yang membataskan kehidupan mereka dan berkemungkinan, saya tidak akan kembali lagi ke bilik!!!
Apa-apa pun masalah, cuba fikirkan resolusinya. Bukan terus berfikir tentang masalah tanpa memikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya.


Jadi, siapakah penyelesai kepada masalah-masalah anda…??
Tepuk dada Tanya Iman…
p/s: kalau perempuan yang geli, xpe kot...
p/s: kalau kes lelaki takut kucing, gane plak ye...

No comments: