salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, August 3, 2010

Kasih tak bersyarat

Seusai habis kelas, mata yang beratnya entah berapa tan terasa ingin pejam. Di tambah pula dengan suasana suram di dalam bilik yang terbentang sebuah katil empuk bercadar rapi.

10 minit sebelum dia tiba di bilik tadi, azan zohor telah pun kedengaran. Teringat seketika hadis yang dipelajari sewaktu di tingkatan 4 yang meriwayatkan tentang jika terlalu mengantuk, tidur dulu sebentar. Dia tersengih sendirian sambil kepalanya masih musykil berfikir, nak tidur dulu kejap ke, nak solat dulu…???

Tanpa sempat menemui jawapan, dia telah pun selamat rebah di atas katil. Sebaik sahaja dia melelapkan mata, kedengaran pitu biliknya dibuka.

“oit, bangun! Tak kan tak donga azan tadi,” terdengar suara teman sebelah biliknya membebel.

“kojap ja lah eden nak tido. Ni eden buat pasal ada hadis ni,” selamba dia menjawab.

“banyakla hang kejap. Biasa den tinjau dokat asar baru hang nak bangun. Dah..dah.. bukan leh caya sangat,” demi mengurangkan keperitan telinga akibat mendengar bebelan dari temannya itu, dia bingkas bangun.

“ha, kan sogar tu. Setan tu bukannya boleh dilayan-layan,bla..bla..” aiseh,…dia membebel lagi.

Alhamdulillah, dia berjaya solat sebelum terlelap hasil dari gesaan temannya. Sempat jemaah di surau lagi. Solat zohor ni, tak boleh buat lewat-lewat. Kalau tak memang susah nak dapat pahala jemaah. Syukran ya sahabat.

Mengapa berat untuk menunaikan solat terutama di awal waktu?

Mari bersoal jawab dengan diri.

Teringat satu artikel dari seorang sahabat. “Apakah kita sudah cukup syarat?”.

Syarat-syarat untuk layak menerima kasih sayang Tuhan.

Cuba kalau Allah buat syarat, siapa yang solat khusyu’ sahaja yang akan mendapat rezeki. Siapa yang solat di awal waktu sahaja boleh bercakap. Siapa yang bersedekah ja boleh melihat.

Agak-agak, apa akan berlaku…??

Tapi, Allah lebih mengerti jiwa hamba-hambaNya. Kasih sayang yang diberikan tak bersyarat. Malah kita yang meletakkan syarat untuk perkara-perkara seperti itu.

Jangan tunggu-tunggu. Takut lewat-lewat, taubat kita jadi terlambat, termasuk dalam golongan yang berkata, “alangkah baiknya kalau dulu aku Cuma menjadi batu-batu atau tanah,”.

Cepat,cepat sebelum kasih jadi bersyarat!

No comments: