salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, December 7, 2010

Masa untuk berubah!

salam juang Fillah..

Aritu ada seorang bagitau saya, dia tak dapat fokus nak study disebabkan sakit gigi. Saya cuma sekadar mampu bersimpati.

Saya pun pernah sakit gigi. Last sakit gigi waktu tingkatan dua. Enam tahun lepas. Lama dah. Tapi saya tetap masih ingat bagaimana deritanya sakit gigi. Ha, sapa soh tak jaga gigi. Padek de godang.. (padan muka versi apa tah).

Dulu kecik-kcik 6-7 tahun, kalau saya sakit gigi, saya tak suka bagitau abah,walaupun dia sangat pakar. Disebabkan dia sangat pakarlah membuatkan saya tak nak bagitahu. Tapi kalau adik-beradik yang dok nak cari gaduh ngan saya, depa akan pi lapor gak kat abah.

Lalu, abah akan segera berpura berbaik-baik dengan saya demi membantu saya mencabut gigi yang goyang. Isk3. Sakit ba abah cabut...tapi kejap ja sakit tu sebab lepas cabut abah bacakan doa. Hu3. Syukran banyak2 abah.

La ni saya rajin jumpa sahabat-sahabat yang kerap sakit gigi. Sian, umur baru 20an, gigi kekal da bnyak kena cabut.

Awat kali ni saya buka cerita tentang sakit gigi ni....

Saja ja nak berkongsi.

Baru-baru ni saya mengalami sakit gusi disebabkan gigi geraham bongsu saya yang dah cukup bulan untuk lahir (dah terlebih bulan kot) tak boleh nak keluar disebabkan terlalu besar so tak cukup space nak keluar. Maka di saat-saat itulah Allah membantu saya membasuh dosa-dosa yang telah saya lakukan dengan kehadiran sakit yang teramat.

Moga kalian yang diuji dengan sakit gigi atau gusi, terus kuat!

Yang tak pernah rasa lagi tu, jaga gigi elok-elok ye. Nanti bila dah kena jangan rasa nak menyesal plak. =)

Sedikit perkongsian tentang Gusi.

PENYAKIT gusi atau juga dikenali sebagai penyakit periodontium adalah antara masalah pergigian yang sering kali menyebabkan kehilangan gigi selain daripada karies gigi. la bukan saja dialami oleh orang dewasa, tetapi juga kerap dialami kanak-kanak.
Penyakit periodontium adalah penyakit membabitkan kerosakan berlaku pada tisu yang menyokong gigi iaitu gusi, tulang dan ligamen periodontium.
Ini berpunca daripada satu penyakit awal yang dikenali sebagai gingivitis sehingga keadaan lebih teruk menyebabkan hilang pelekatan gusi dan sokongan tulang.
Tanda awal serangan penyakit gusi adalah gusi bengkak, merah dan mudah berdarah apabila disentuh terutama ketika menggosok gigi.
Peringkat ini dikenali sebagai gingivitis. la dikatakan mudah berbalik iaitu mudah sembuh jika mendapat rawatan segera.

Tanda seterusnya:
o Kemerosotan gusi yang mendedahkan akar gigi
o Perasaan ngilu (sensitif) pada masa tertentu
o Gigi kelihatan panjang, sakit apabila makan dan mula goyang
o Kedudukan gigi berubah dan mula menjadi Jarang antara satu sama lain
o Nafas berbau busuk dan merasa tidak selesa
o Kelihatan nanah keluar di antara gusi dan gigi
o Gigi tanggal dengan sendiri

Punca penyakit gusi:
o Higin mulut yang tidak dijaga hingga menyebabkan plak bertukar keras menjadi karang gigi atau tartar. Toksin daripada karang gigi menyebabkan gusi bengkak, merah dan berdarah. Jika tidak dirawat, tulang akan rosak, hancur dan poket gusi terjadi, seterusnya gusi menyusut.
o Susunan gigi yang tidak teratur menyebabkan makanan mudah tinggal di celah gigi.
o Bentuk gigi tidak normal sama ada secara semula jadi ataupun disebabkan oleh tampalan yang tidak sempurna.
o Adanya prostesis seperti gigi palsu, korona dan jambatan yang tidak dijaga kebersihannya ataupun dibina sempurna.
o Tabiat mengisar gigi waktu malam (bruksisme), menjelirkan lidah dan menggigit kuku.
o Merokok.
o Perubahan hormon seperti akil baligh, kehamilan dan menopaus.
o Penyakit sistemik seperti diabetes.
o Tekanan.
o Ubat-ubatan seperti ubat perancang dan antidepressant.
o wGenetik atau keturunan.

Langkah pencegahan
o Berkumur setiap kali lepas makan atau minum minuman manis.
o Kurangkan amalan makan antara waktu makan utama.
o Memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
o Tukar berus gigi apabila ia mula membengkok dan tidak tegar atau dalam tempoh 3 bulan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria dan pemberusan tidak berkesan.
o Dapatkan pemeriksaan oleh doktor pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Rawatan penyakit periodontium
1. Penskaleran gigi atau mencuci gigi.
2. Pengetaman akar gigi: rawatan lanjutan yang mana karang gigi pada akar gigi dibersihkan dengan alat khas.
3. Pembedahan gusi.
4. Penggunaan antibiotik pada keadaan yang bersesuaian.

sumber:http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/11/18/sakit-gusi-antara-punca-hilang-gigi.html

Buat abah dan ummi yang sentiasa prihatin dengan gigi anak-anak kalian, terima kasih banyak2. Terima kasih untuk segalanya.

Jangan lupa gosok gigi @ bersiwak. Amalkan sunnah. Buat azam baru. Masa untuk berubah!

Salam Maal Hijrah 1432 masihi.

2 comments:

Arifah said...

amru baru dajah satu,dah x de gigi mcam orang tua

AnA ImTiYaZ.. said...

sebab arifah xtolong gosokkn..