1 Januari 2012,
Aku di sini,
Tanah syam ini ku lihat
sepi,
Mungkin dari sisi
pandangku yang menetap di desa mu’tah.
Muka buku ku buka
Khabar dari teman-teman
di Malaysia ku baca,
Jemputan ke upsi untuk
sama-sama berpuisi,
Tidak dapat ku sertai,
Tahun baru di shah alam
yang sarat dengan pengisian turut ku cemburui
Aku masih di sini,
Menatap muka buku,
menerjah alam maya,
mencari siaran lansung dari bumi pertiwi,
Biasanya malam-malam
seperti ini,
Aku ke dataran merdeka
bersama teman-teman,
Mengedar simpati dan
risalah ingatan,
Tapi kerana malam ini aku
di sini,
Sekadar mampu ku baca dan
lihat dari gambar-gambar yang berbicara
Di ruang alam maya.
Malam ini emosinya dua,
Bahagia melihat shah alam
dengan kemeriahan majlis ilmu,
Kerana aku warganya..
Senyum meleret
diselangselikan ucap syukur tak terhingga,
Menitis air mata.
Ku bahagia.
![]() |
Tahun baru 2012 di Dataran Shah Alam, Selangor. |
Usai di shah alam,
Berita baru ku terima
dari negeri yang sama,
Seorang teman parah
tercedera,
Ah,angkara siapa???
Malam puisi di UPSI itu,
Turut aku dijemput sama,
Cuma kerana aku di sini,
Hanya doa ku kirim moga
malam puisi itu Berjaya..
Ya,malam itu Berjaya.
Berjaya dengan jayanya.
Dan air mataku tumpah
buat kali kedua,
Saat menatap gambar penuh
cerita,
Temanku ada yang
terbaring lesu,
Ada yang ditangkap
disumbat ke sel sementara..
Angkara siapa..??
![]() |
1 JANUARI 2012 di UPSI, Tg.Malim. |
Malam tahun baru ini,
Allah hadiahi aku dengan
dua emosi,
Dua rasa yang sama sekali
berbeza..
Ia mungkin menjadi
sejarah,
Buat mahasiswa yang
merasa haknya diinjak-injak,
anak muda yang merasa maruah mereka dipijak-pijak,
Oleh sang penguasa
celaka!
Untuk aku yang masih di
sini,
Untuk beberapa tempoh,
Pasti jua akan kembali,
Bersama meredahi ranjau ,
Membanteras kezaliman dan
segala korupsi
demi melihat Islam
kembali tertegak di bumi yang ku cintai!
Malaysia,
Pasti jua ku kan kembali!
311211
mu'tah, jordan
311211
mu'tah, jordan
No comments:
Post a Comment