salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, December 3, 2011

Masih sempat untuk itu???



Masih berkira-kira dalam minit-minit yang terakhir itu...

Oh,mahu buat apa lagi seusai solat subuh sebentar lagi?

I'adah Alquran barang 2-3helai...    juzuk 29 atau 28...?
Ulangkaji madah....    Ulum Quran atau madkhol fiqh 'am..?
Kemas bilik...  (jangan lupa buang sampah di dapur)
Sediakan sarapan pagi..  cekodok atau nasi goreng..?
minum...teh atau kopi?...

Almathurat selesai dibaca.

Celik terpejam celik terpejam celik menatap buku fiqh yang berwarna merah lembut itu.

Lagu di telefon bimbit menyanyi-nyanyi rancak tanda waktu sudah menunjukkan jam 6.30pagi.

Segera bergegas ke dapur memanaskan dapur dan mengintai periuk nasi mana tahu makanan semalam ada bersisa. 

Oh,nampaknya tidak.
Tepung dibancuh dan sanyourah dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung.

7.00 pagi.

Pantas secawan kopi dibancuh.

Bismillah,cekodok sanyourah disua ke mulut..pantas. 

Ah,bekal!

Diletakkan suku dari cekodok yang bersisa ke dalam tupperware.

Berlari pantas menuju ke bilik sambil di tangan kanan membawa bekal dan di tangan kiri memegang secawan kopi.

Beg sandang dikemas.

7.15 terus berlalu. Target paling lewat ke jami'ah adalah pada jam 7.20pagi.

Allah,dhuha... tak sempat,solat di musollah jami'ah je..(desis hati geram)..
Mana taknya,nak ke tempat coaster yang akan ke jami'ah saja sudah memakan masa hampir 10minit..

Eh,kopi belum minum..
Bismillah..diteguk 2-3 kali..
op..op..op..stop..stop..

Loya seketika. Kopi masih bersisa. Tisu ditarik sehelai dan ditutup kopi yang masih bersisa dalam cawan.

7.37pagi. Dalam coaster yang masih menanti untuk dipenuhkan.

7.40pagi. Coaster mula bergerak.

Coaster menghampiri jami'ah. Berhenti agak jauh dari pintu jami'ah.

Allah...rileks..rileks..cool down..

Cuma ada 8 minit sebelum jam 8. Ah,pasti kerusi di hadapan sudah penuh. Paling penting,doktor!
Nafas yang tercungap-cungap membuatkan langkah semakin perlahan.
Allah..Allah...hanya itu yang mampu melalui hembusan dan seduatan nafas.

Sebaik saja mengambil tempat,doktor melangkah masuk ke dalam kelas.

Kitab tebal itu diselak..mencari isi-isi seperti yang disebutkan oleh doktor.
Hampir tiga bulan berada dalam kelas itu dan belajar madah yang sama 3 kali seminggu.
Tapi masih gagal. Gagal menangkap butir kata yang keluar dari seorang doktor yang berbicara menggunakan bahasa arab ami itu.
Oh,Tuhan...mengapa jalan ini yang ku pilih..

Sesal di atas sesuatu yang telah berlaku akibat pilihan sendiri,adakalanya ia adalah sesuatu perkara yang sia-sia.
Untuk apa lagi mengeluh?
Teruskan sahaja pengembaraan ini.
Yang penting rajin dan tabah!

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir."
(Al-ma'arij: ayat 19)

Seusai pulang dari jami'ah, mungkin pada jam 11 tengahari atau seusai asar pada jam 3.15petang, laptop segera dihidupkan.
Buku nota kecil harian diselak.
1-ulangkaji madkhol fiqh
2- cari maklumat tentang i'jaz Alquran
3- cari maklumat2 lain berkaitan dengan pemilikan dalam Islam
4- Facebook (kot la ada pesanan)
5- buka email.

Tapi,biasanya yang nombor 4 akan jadi nombor 1 dan nombor 1,2 dan 3 akan terkemudian, malah kadang-kadang tak dapat nak dilaksanakan.. ~_~..keciwa.

Keciwa dengan diri sendiri.
Ye,benar. Iman manusia itu yazid wa yanqus (bertambah dan berkurang).
Lalu, haruskah dibiarkan itu menjadi alasan setiap kali merasa lelah untuk meneruskan hidup dengan lebih baik...??

Padan muka hang...! (hati mencebik pada akal.Pedas...!)

Minggu lepas,sepupu saya telah kehilangan seorang anak yang meninggal dunia akibat lemas dalam sungai. Usianya 16 tahun.
Tak tua. Masih muda.
Linkungan umur saya... (perasan muda plak...eh,muda apa. Beza 5 tahun jer..)

Baru-baru ini,seorang sahabat JUST (Jordan University of Science and Technology) telah kembali ke rahmatullah selepas lima hari dikesan menghidap penyakit leukmia.
Lima hari kemudian?
Yeah.


"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(Surat Al-Munafiqun: Ayat 11)


Saya?
Masih di bumi Syam ni. Masih memikir-mikir bagaimana mahu menjadi lebih baik dari semalam dan hari kelmarin.

Kita?
Adakah nanti akan ada isyarat memanggil dari Tuhan bahawa kita akan segera pulang ke sana..?
Layakkah kita menerima isyarat itu, agar kita mampu untuk bersedia?

Allah........
Saya hanya hamba. Tiada jaminan yang berani saya buat.

Maka tunggu apa lagi!
Bahagikan masa untuk berfikir dan bertindak dengan sebaiknya!


"KEWAJIPAN KITA LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA"-Imam Hasan Al-Banna..

Kot la tetiba ada rasa, "bosannya harini..tak tau nak buat apa...".
Ye,masa kita sedikit sahaja sebenarnya,sebab tu saya tak sempat nak update blog ni (alasan semata-mata) sebab kerja berlambak-lambak menanti.

Ayuh,gerak sekarang..!
Masa semakin JAUH..dan Kematian itu adalah PASTI dan semakin mengHAMPIRi!


No comments: