salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, January 23, 2012

Pabila yang utama itu tidak ku temui



Berlari-lari..
Mengapa berlari?
Sedang diri masih punya pilihan untuk berjalan perlahan.
Atau mengatur langkah dengan ayunan yang sederhana.

Lalu mengapa memilih untuk berlari..??
Tidakkah bimbang tersungkurmu sukar untuk berdiri kembali..??



Saya, kamu, dia dan mereka.
Membuat keputusan itu bukanlah suatu perkara yang mudah, biasa-biasa atau boleh dibuat secara bermain-main.

Jika tidak difikir secara masak-masak, boleh jadi ia membawa kesan yang kurang baik pada diri dan orang sekeliling.

Setiap hari kita berhadapan dengan pilihan.

Ah,menangis sambil menghentak-hentakkan kaki pun belum tentu dapat membuat pilihan yang terbaik!

Huh, (mengeluh..?? tak baik..=,= )

Semalam saat di tingkap kamar kelihatan debu-debu putih bertebangan bersama angin yang menggigit tulang, terdetik di hati.

Salji kah?

Ya,benar salji sedang malu-malu mendarat di bumi mu'tah.

Mahu main?
Ah,siapa tidak mahu!

Walaupun tidak punya jaket kalis air dan kot tebal?
Erk..perlukah?

Ya,perlu demi menjaga kesihatan yang sejak akhir-akhir itu kurang stabil.

"jom teman saya pi Karak,nak amik barang yang mak saya pos dari Malaysia," seorang teman mengajak tiba-tiba.

"Hujan..," hati saya jua berbisik.

"jomla..entah-entah kat Karak salji lagi lebat..,"tidak berputus asa teman itu mengajak.

"salji tebal? Ya,baik. Jom kita siap!"  pantas sahaja keputusan dibuat tanpa masak-masak terlebih dahulu.

Hei,salji tak turun tau kat sini tahun lepas. Peluang bukan selalu datang.

Oh,ye?
mu'tah,karak,jordan.


Maka bersalji-saljianlah diri bersama hujan yang kesejukannya mencengkam ke tulang hitam!

Tuhan,ku kejar keseronokan ini dengan mengalpakan kesihatanku.

Kuyup baju yang sederhana tebal dan tidak kalis air itu. Kasut juga sudah berat dan licin.
Ais membeku di tapak kasut.
Oh,bagaimana mahu pulang. Salji bercampur lumpur memenuhi jalan.

Ah,peduli apa. Redah saja. Bukankah pilihan telah dibuat..???

Al-Hasil: Mengalami sakit kepala yang bukan kepalang. Allahhu akbar..

Tahniah disebabkan ketidak pekaan anda.

Ya,silap membuat pilihan, yang tersepit adalah diri sendiri.

Saat bertembung dua program yang bagi saya kedua-duanya OSEM, terasa berat kepala memikir.
Yang ini atau yang itu..??

Jua saat taklifat yang diamanahkan dikelilingi dengan perkara-perkara yang tidak kurang juga pentingnya.
Mahu menjerit?

Hahaha..itu bukan kerja orang cerdik. Ok,HARAP MAKLUM.

BUkan tidak pernah buku fiqh awlawiyat karangan Dr.Yusuf Qardhawi dikhatamkannya, tapi proses penghadaman sangat mengambil masa yang lama!

Oh,Tuhan. HambaMu ini sering tidak tegar membuat pilihan.
Lalu yang sering dilakukan adalah KESILAPAN dalam menentukan apa yang terbaik buat dirinya.

Mengapa sering tidak ketemu jawapannya......???????????????????

^_^ Be positive!

Cuba bayangkan hidup tanpa perlu membuat pilihan.

Ok,hari ini makan nasi putih.
Esoknya, nasi putih.
LUsa juga, nasi putih.

Hari ini ke kampus berbaju warna biru.
Esok juga begitu.
Lusa pun masih biru.

Kerana saya tidak mahu memBEBANkan otak saya untuk membuat pilihan.
Begitu? hahaha..indahkah?

Sungguh, DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. =)

Pilihlah yang TERBAIK!
Hidup pasti berwarna-warni dan INDAH!

Bersangka baiklah dengan TUHAN. Dia Maha Tahu..^_^


3 comments:

musslim terbaik said...

semoga sabar menjadi teman dalam diri,smoga Allah permudahkan urusan jihad abid disana..ateh doakan kalian balik dengam ilmu2 yang padat lagi berguna kelak..salam rindu mantan jiran sebelah bilik dulu..

Along Atin Jieha said...

Dear Uyunul Qalbi..~ Skh Menjengah..Tanda kasih dan simpati.
Benar, Hidup ini banyak ranjau..masih banyak yang perlu diperhati..Andai tersilap langkah, jadi kedepan nanti kita kembali membawa laluan yang betul yang lebih menepati ciri utk para mad'u dan da'ie.
Teman, jaga kesihatan. Kerna ia salah satu nikmat yg ALLAH berikan buat kita.
ukhuwah till jannah..
Moga laluan berduri, membawa kita ke syurgawi. :)

AnA ImTiYaZ.. said...

to ateh, moga kita smua trus kuat krb Allah!
smua org akn diduga,cuma cara dugaan itu mndatang berbeza..=)

to aten jiha: bnyk belajar dr aten..my good senior=)
syukran ntk sgalanya..