salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, April 11, 2012

Trimatra ukhuwah: Episod kita dan mereka.

Nak menghasilkan skrip pun bukan semudah menghambur idea.

Tapi dinihari itu, saya menyaksikan sendiri dia berusaha keras memohon pada Robbul Jalil agar mempermudahkan urusan persembahan teater kami untuk pertandingan teater KARISMA V sejordan mewakili akhawat Universiti Mu'tah.

Sehari kemudian, skrip teater berjaya disiapkan, Alhamdulillah. DIA mengurniakan ilham itu di saat tinggal beberapa hari lagi sebelum pertandingan.

Jujurnya, saya kurang menjiwai watak yang telah diamanahkan kepada saya dengan sebaik-baiknya. Terasa gagal.

Meskipun esok harinya diumumkan persembahan teater dari mantiqah kami berjaya mendapat johan, hati saya masih beku. Segala-galanya saya serahkan pada Tuhan.

Malam persembahan itu, ramai yang menitiskan air mata sewaktu menyaksikan persembahan kami.
Lalu adakah dengan cara itu saya menjadikan ia kayu ukur keberkesanan persembahan kami pada malam itu..??

Adakah mesej yang ingin kami sampaikan benar-benar sampai..??
Saya tidak pasti.
Dan saya tidak layak menjadikan titis air mata yang keluar dari mata penonton sebagai bukti mesej kami sampai.

Menangislah..
Menangislah..

Persembahan itu bukan untuk ditangisi.
tapi untuk kita menilai diri...
Berjayakah kita dalam ukhuwah ini..??


Kita mahu bawa mesej yang besar-besar, sedang yang kecil itu pun kita gagal aplikasi.
Sedang yang kecil itu pun,kita gagal hayati.

Pandanglah di sekeliling.
Lihatlah segala-galanya dengan mata hati.

Dan usahalah menilai tiap air mata yang kelihatan itu sebagai tanda kerendahan hati.
Kerna nilai sekeping hati yang hidup dan sentiasa basah hanya DIA yang bisa mengetahui.

Tuluslah dalam memberi dan tuluslah dalam menerima.
Tarbiyah itu sifatnya bukan bersifat sehala.
Dakwah itu sifatnya juga bukan senada.

Saling berkongsi kelebihan yang ada dan saling menampung kekurangan yang terzahir dan tersembunyi.
Hakikatnya kita insan, tak selamanya kan merasa gagah dan tabah.

Saat Tuhan menguji dengan suatu kekurangan dan kita tak bersedia untuk merawatinya,biarlah hanya diri dan TUHAN yang mengetahui.

Allah, TRIMATRA UKHUWAH 6 April 2012 yang lalu banyak memukul dan menunggingkan saya.
Insan kerdil ini memang perlu kerap dilantun-lantun sebegini.
Agar jiwanya sentiasa sedar,
Agar hatinya sentiasa basah,
Agar dirinya sentiasa merasa didakap oleh Rahman dan Rahmat Allah.

Tuhan, moga hati ini lebih tulus dan telus menyambut cintaMu yang sering hadir mengetuk kealpaan diri.


2 comments:

Tengku Fatimah Azzahra said...

sy x menangis menontn teater tu,...tp sy yakin hati sy menangis kehibaan melihatkan nilai ukhuwah yg begitu utuh...moga ukhuwah kte kekal ke syurga...uhibbukifillah...

AnA ImTiYaZ.. said...

uhibbukifillah aidhon dik..!!
moga kta saling mnguatkan krnNya..