“umi, abah
ada kat rumah?” .
Ya, aku
bertanya kerana tidak pasti. Yang aku pasti,sekiranya abah ada di rumah pun,
abah sedang bersiap-siap untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid atau
surau untuk menyampaikan pengajian usai solat maghrib. Yelah, aku call waktu
Malaysia dah nak senja.
Abah mandi
sekitar 15-20 minit. Kerana itu aku bertanya dahulu pada ummi. Sejak dua minggu
lepas terasa mahu bicara dengan abah. Meskipun abah jika aku menghubungi
telefon bimbitnya, laju saja abah berkata,
“Nak cakap
dengan ummi ye,kejap ye,.. awi…abidah ni,”.
Fuuh..
sedang aku belum menghabiskan sisa-sisa ayat.
Tahu-tahu
telefon sudah bertukar tangan.
Abah..abah..
Kalau aku
nak cakap dengan ummi ‘direct’, aku akan telefon nombor ummi,bukan nombor abah.
Abah tak
rindu aku ke..??
Soalan
bajet.
Aku tahu
abah ego untuk menyatakan kerinduannya aku.
Oit, ayat
bajeeett. Ha..ha..ha.
Bukan
sekejap abah. Dah nak setahun abah tak tengok anak keempat dia ni.
Skype..??
Rumah kat Malaysia tu internetnya tak berapa nak gagah. Maka aku harus bersabar
untuk masa yang berbaki lebih setahun ini menahan rindu untuk menatap wajah “mereka”.
Alhamdulillah.
Akhirnya tengahari tadi, selepas aku gagal menghubungi nombor abah, aku cuba
menghubungi abah menggunakan nombor umi.
Agak berjaya
taktik itu. Abah yang baru nak masuk bilik air terpaksa juga jawab panggilan
aku.
Ummi mesti
pelik sebab aku tak sempat tanya khabar ummi. Tak, aku nak cepat sebenarnya. Sebab
waktu tu aku dalam coaster (baca: bas pendek) nak ke jami’ah (baca: universiti).
Aku perlu bergegas
ke kelas.
Tapi,
takkanlah tak boleh beradab sket tanya khabar ummi dulu.
Aiseymen, yela..yela.. aku salah. ß memang rasa serba salah sebenarnya.
T_T
Lepas aku tanya
khabar abah, terus rasa nak nangis. ßasal lembik sangat minah ni..
Tak, aku
sedih bila ingat tentang diri aku. Aku Tanya abah, "Abah,
kalau seseorang tu dah berusaha untuk dapatkan yang terbaik dalam peperiksaan,
tetapi markah dia masih ala kadar. Tak mumtaz juga. Macam mana tu abah..??”
Direct abah jawab,
“Kalau ‘abidah
dah berusaha dan faham apa yang pensyarah ajar, tapi markah masih tak ok, kena
redhala. Yang bagi berjaya tak berjaya tu Allah, usaha tu cuma wasilah,”.
Ok, ni memang
saja tarik air mata aku keluar walaupun ayat abah ringkas ja.
Aku harus
sedar, sebenarnya aku ni poyo je cakap pasal redha dan tawakkal. Tapi bila
dapat result, muka macam apa je.
Weyh..weyh..
muka aku semacam tu sebab muhasabah eh.. <-- font=""> macam nak riak.
Bukan nak
riak, dah suudzhon macam tu, aku cakaplah yang betul. <-- font="" nbsp="">ceh, padahal tak redha lepastu macam
campur dengan muhasabah sket kan..
Erm..kot. <-- font="" nbsp="">bagus , akur.
Abah cakap
dengan aku tak lama, sebab aku tahu, abah nak cepat, dan aku pun nak cepat.
Pasal ummi,
kalian jangan risau, aku masih sedar siapa aku.
Habis kelas
jam 3.15 petang, aku call ummi bersamaan waktu Malaysia 8.15 malam.
Ummi pesan,
1) Istiqamah tahajjud
dan solat hajat
2) Banyakkan minta pada Allah, apa yang terbaik untuk kita. Sebab kita tak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
3) Rajin-rajin buat latihan sendiri
4) Rajin-rajin study group
5) Bahagi masa belajar dan berpersatuan dengan sebaiknya
6) Tak perlu fikirkan sangat persepsi orang lain pada kita. Letak redha Allah sebagai tujuan utama.
7) Dan lain-lain.
2) Banyakkan minta pada Allah, apa yang terbaik untuk kita. Sebab kita tak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
3) Rajin-rajin buat latihan sendiri
4) Rajin-rajin study group
5) Bahagi masa belajar dan berpersatuan dengan sebaiknya
6) Tak perlu fikirkan sangat persepsi orang lain pada kita. Letak redha Allah sebagai tujuan utama.
7) Dan lain-lain.
Umi memang
banyak berteori. Sebab ummi bukan macam abah. Beza, beza sangat.
Abah belajar
sampai master di England, degree di Riyadh.
Ummi..??
STPM ja. Suri rumah sepenuh masa plak tu. Tapi ummi, walaupun Cuma pandai
berteori, dia cakap mesti sampai ke hati.
Dia nasihat
aku sampai aku dah tak boleh nak kata apa dah, memang aku berkomunikasi dengan
ummi guna air mata ja.
Itulah aura
ummi.
Maka, aku
simpulkan di sini, aku tak pernah merasa rugi call abah dan ummi lama-lama
walaupun mahal dia cas.
Bukan
selalu pun. Sebulan sekali dua ja. Lain-lain pengajaran, rujuk semula di atas. Aku
dah pointkan.
Alhamdulillahhi
‘ala kulli hal. Terima kasih untuk segala suka dan duka yang Kau hadiahkan
padaku.
Usah pernah
lepaskan aku. Pandulah aku Tuhan sampai aku ketemuMu dengan sebaik-baik
pengakhiran dan bekalan.
Aku Cuma ‘Abidah.
Cuma seorang hamba.
pegang aku erat-erat Tuhan....
-Abid Imtiyaz,
110514
kamar hati,
[Bayt Aflah]
No comments:
Post a Comment