salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, February 12, 2015

Seorang Lelaki Tua

15 Tahun dulu,
Ku temu buku-buku lama milik abah
Fikirku, usia buku-buku itu, cuma sekitar dua atau tiga tahun
Namun dek kerna haba yang membahang,
buku-buku itu disimpan tinggi berdekat atap zink rumah bawah kelihatan agak usang.

Aku tidak kekok menyelak helaian demi helaian
Masih kukuh di ingatan,
'zuhud' menjadi tajuk hadapan..

Nama penulisnya tidak ku kenali,
Tapi banyak juga ku temu namanya di muka hadapan buku-buku milik abah.

Ku selongkar juga pangkin tinggi tempah abah menyimpan barang-barangnya yang agak berharga,
Juga tempat ummi menyimpan tin kecil biskut pelbagai rasa,
Lalu saat ku panjat pangkin itu dengan misi utamanya adalah tin biskut,Tuhan temukan juga aku dengan naskhah-naskhah 'harakah',
Lalu ku bawa turun dan ku baca.

Pasti kalian tahu bagaimana kanak-kanak sepertiku di saat itu membaca.

Yang banyak menjadi perhatianku adalah gambar-gambar yang ada.

Sehingga sepasang mataku tertancap pada bahagian 'tazkirah',
Ku temui nama yang sama di buku-buku milik abah..

Perlahan-lahan ku baca tulisannya kerana di dalam harakah tulisannya lebih ringkas berbanding buku-buku milik abah yang lebih 100 helai halamannya.

Di situlah mulanya dia ku kenali..

#catatan kembali
1998.

No comments: