salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, July 8, 2015

Please, don't judge me by my cover.

Tanah masih basah,sisa hujan semalam. Meski sewaktu aku berjalan keluar daripada rumah hari sudah pun petang. Jam menunjukkan angka 7.40 petang. Maghrib akan masuk dalam dua jam lagi sebab itu aku mengambil keputusan untuk ambil angin sebelum berbuka puasa.
Langit tampak suram. Seperti masih ada sisa titis hujan yang mengembun pada helai dedaunan. Cuaca di skrin hp menunjukkan angka 19’c.
Patut pun sejuk. Mujur sahaja satu-satunya blazer yang ku bawa dari Jordan itu ku sarung sebelum keluar rumah tadi.
Seperti sudah menjadi rutin pula aku menyinggah di Aston Park. Lebih-lebih lagi selepas kelmarin setelah berpusing-pusing sekitar taman tanpa hala, ku temukan satu kawasan besar yang sangat indah berhampiran rumah agam tinggal (Aston hall) itu. 


Sekiranya rumah itu punya penjaga, pasti dia mampu mengecamku.
Hakikatnya , tiada yang menarik di situ melainkan kerna aku sangat mencintai alam semula jadi. Bunga-bunga yang pelbagai warna dan rupa berjaya menambah tarikan untuk aku sering datang ke situ. Sebenarnya yang dicari adalah sebuah ketenteraman.
Sejak menyinggah di Hyde Park, London awal tahun lalu, seakan aku terus merindu pada tempat-tempat sebegitu.
Dua tahun tidak pulang ke tanah air buat aku tercari-cari tempat untuk melepaskan resah dan keserabutan hidup. Nyata, yang ku temui Cuma Masjid di Mazar yang menempatkan maqam tiga orang sahabat Nabi s.a.w yang syahid di Mu’tah.
Dan sudah pasti bukan uruf masyarakat arab khususnya di Jordan untuk orang perempuan berlama-lamaan di Masjid. Sebab itu sanggup aku membayar 50 qurusy (RM2.50) untuk tambang pergi balik ke masjid tersebut, sedangkan rumahku sendiri benar-benar berhadapan dengan masjid. Masjid yang tidak mesra wanita.
Tahun pertama di Jordan, awal-awal lagi telah aku tanyakan pada senior,
“Kalau korang stress, korang pergi mana? Sini ada sungai? Laut? Ha3, atau taman-taman?” aku tanya soalan yang macam aku dah agak jawapannya.
“Takda. Nak pergi laut kena pergi laut mati atau laut merah (aqabah).. Biasanya pergi mazar ja” jawab senior tersebut sambil tersenyum.
Atau boleh jadi dia jarang stress macam aku. Tapi sampai bilakan? Ada tak penawarnya..
Apa takdanya, setiap penyakit ada penawarnya dan stress tu jadi, sebab ada something wrong kau dengan Tuhan,Ok? Jelas?
Ok, fine. Aku setuju yang itu.
Alhamdulillah aku berjaya juga grad di negara yang tiada tempat sesuai untuk aku ‘release tension’.
Beb, kau ada masa nak tension-tension, stress-stress bagai, tu ha jiran sebelah apa cer?
Bom sana-sini. Ada kau kisah?- sengih sambil istighfar, Astaghfirullah hal ‘azim.
Seperkara yang aku belajar, istighfar mampu jadi wasilah untuk kau rawat hati dan tenangkan diri dalam apa jua situasi.
Sedar tak sedar, sudah lebih 30 minit berjalan. Cuma ada masa lebih kurang 30 minit lagi untuk pulang kerana maghrib hampir tiba.
Jam 9 petang masih awal bagiku. Maghrib masuk jam 9.35. Kalau di Malaysia, pasti ummi akan menyuruh kami adik beradik perempuan duduk di dapur membaca doa dan surah-surah tertentu sementara menunggu waktu maghrib yang hampir tiba.
Ada sebak yang menerjah. In shaa Allah aku akan pulang ke Malaysia 30 ogos nanti. Maka ia melengkapkan dua tahun aku tidak dapat menatap wajah abah, ummi dan yang lain secara live. Ah ,skype pun tidak.
Biar Tuhan gantikan kesakitan rindu itu dengan sesuatu yang  lebih baik.
Hampir sahaja ke lorong menuju ke rumah sewa angah (kakak aku), aku mengambil keputusan menambah jalan ke lorong sebelah.
Selepas melalui sebuah masjid kecil dan sebuah rumah yang menjadi pusat kepada penduduk muslim di situ aku mulai masuk ke lorong kedua.
Majoriti penduduk di kawasan itu adalah muslim. Bukan muslim eropah. Sengaja aku maklum awal supaya tiada salah tanggap terhadap muslim eropah.
Sebab? Sebab bukan mereka yang tinggal di situ tetapi non-europe Muslim. Ha3. Aku tak tahu bagaimana perihal kehidupan muslim eropah yang sebenar sebab tak pernah melihat keadaan mereka secara realiti.
Di sini lebih teruk persekitarannya berbanding Whitechapel yang aku lihat awal tahun lepas. Pun di situ majority muslim, but I’m not sure muslim di situ lebih banyak daripada di Aston tempat aku menumpang, atau bagaimana.
Tapi sampah yang bersepah-sepah buat aku teringat pada tempat yang aku rindui.
Oh, bukan, bukan sampahnya yang aku rindukan. Tetapi suasana dan orang-orang di sana. Macam itu jugalah keadaannya di Jordan. Jalan depan rumah kemain bersepah, dalam rumah masha' Allah cantik bangeeet. Rumah keluarga maksud aku, sebab tak pernah masuk rumah bujang.
Atau sebenarnya muslim(actually bukan penduduk asal UK) di sini dan di Jordan berpegang teguh pada ayat,
DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER…??
Atau persoalan aku untuk aku khususnya dan untuk mereka umumnya (kau juga termasuk sekiranya kau adalah muslim), cukupkah kita memiliki hati yang baik, suci and so on tapi kita mempamerkan luaran yang buruk. . .?
Macam, kita tak tutup aurat, lepastu kita claim, yang walaupun kita tak tutup aurat, tapi hati kita baik.. macam tu ka?
Isu klise?
Tak, pasal tudung semua-semua tu cuma analogi dari aku yang selalu orang guna untuk selamatkan diri.
Bukankah Islam itu indah luar dan dalamnya..?
Aku tidak memperjuangkan yang kita mesti mempamerkan luaran yang baik tanpa memiliki dalaman yang baik dan yang sejahtera.
Allah knows everything.
    وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
And Allah knoweth that which ye keep hidden and that which ye proclaim.” (Quran 16 :19)
Jadi untuk apa kita baik dalam, tapi tak mampu pamer yang terbaik sama sahaja kita pamer yang baik, tapi dalaman yang rosak.
Kalau kita kisah dengan pandangan Allah sebagai pandangan utama, kita akan jaga dua-dua.
Bukankah akar yang baik menghasilkan buah dan bunga yang baik..?
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (24) تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25) وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ (26)
“Have you not considered how Allah presents an example, [making] a good word like a good tree, whose root is firmly fixed and its branches [high] in the sky?
It produces its fruit all the time, by permission of its Lord. And Allah presents examples for the people that perhaps they will be reminded.” (Quran 14 : 24-25)

Semoga aku mampu mememiliki dalaman dan luaran yang sejahtera.
Allahhumma ameen.

Jom jadi baik sama-sama! :)

p/s: selamat memburu malam Al-qadar.

-Ana Imtiyaz-
7 Julai 2015,
20 Ramadhan 1436h,

Aston, Birm, UK.

No comments: