salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, August 22, 2015

Catatan Kembara III


Biasanya memang begitu.
Yang indah-indah sahaja yang dikongsikan.

Maka itulah yang kan dibaca dan kita tidak berhak menyalahkan orang lain yang gagal membaca maksud sebenar hati kita.

Pada rumpun-rumpun bunga yang berwarna-warni
Pada kelompok-kelompok awan yang membiru
Pada deretan hijau gunung ganang saujana mata memandang

Pasti yang ditemui adalah sebuah kedamaian
ketenangan

atau kau mahu mereka baca bahawa itu adalah simbolik pada setiap kepedihan, ketewasan dan kekecewaan yang terpaksa kau alami..??

kita sendiri gagal menyeimbangkan jalan ceritanya,
lalu mahu disalahkan orang lain yang memuji-muji keseronokan hidupmu yang hanya dilihat dengan mata kasar mereka.

Bahkan, kau sendiri membaca orang lain dengan gambaran-gambaran yang mereka pamerkan.


Sudahnya kau harus bertanya sendiri,
tentang untuk apa mereka ketahui kepedihan yang kau alami
jatuh bangun saat sendiri..
untuk apa?

kalau sekadar mahu diakhirnya ada ucapan,
"tabah sekali kamu!"
"Hebat ya kamu ini!"
" Ma shaa Allah, inilah hamba yang sejati"

Semak semula diri.

Katanya mahu syurga,
tapi yang tinggal cuma debu-debu yang ditiup angin
habaan manthura..

Jadi setelah debu-debu itu berterbangan pergi,
apa lagi yang masih tinggal untukmu...

Masih ada 8 hari bersisa untuk kau perbaiki diri di sini,
Tapi harus kau ingat, hakikatnya, esok pun belum pasti ada untukmu...

اللهم اختم لي بحسن الخاتمة


Catatan kembara,
22 Ogos 2015,
Peak District, Great Manchester, England.

No comments: