اللَّهُّمَ اَنَّا نَسْاَلُكَ لِسَانًا رَطبًا بِذِلْرِكَ
وَقَلْبًا نُفْعَنًا بِشُكْرِكَ
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْالُكَ إِيمَانًا كَامَلا وَنَسْاَلُكَ قَلْبً خَاشِعًا
وَنَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَنَسْاَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا
وَنَسْاَلُكَ دَيْنًا قَيِّمًا, وَنَسْاَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ
وَنَسْاَلُكَ تَمَامَ الْغَنِى عَنِ النَّاس
وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الايْمَانِ بِكَ حَتَّى لا نَخَاف
وَلاَ نَرْجُوَ غَيْرَكَ وَلا نَعْبُدُ شَيْـَا سِوَاك
وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا عَلَى اَهْلِيْنَا وَاَوْلادِنَا
وَمِنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْقَةَ عَيْنِ
وَلا اَقَلّ مِنْ ذَلِكَ يَانِعْمَ الْمُجِيْبُ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ
وعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah kurniakanlah kepada kami lidah yang basah kerana
mengingatiMu dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mengingatiMu, hati yang
penuh segar mensyukuri nikmatMu dan tubuh badan yang ringan dalam menyempurnakan
ketaatan kepadaMu.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang mantap, selamat dari segala bahaya.
Kami mohon, ya Allah, kecukupan dari segalanya sehingga tidak perlu kami
meminta-minta dari orang lain. Dan berikanlah kami ya Allah iman kepadaMu yg
sebenar-benarnya., sehingga kami tidak merasa takut, mengharap dan menyembah selain
dariMu,
Kurniakanlah naunganMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami
Janganlah Engkau, ya Allah biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang memperkenankan segala permintaan.
Selawat dan salam untuk junjungan mulia rasullullah saw, yg mulia dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Allahhumma Ameen
No comments:
Post a Comment