salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, August 14, 2010

YANG TERAKHIR UNTUK KITA.. (ITQAN version)


Pejam celik pejam celik, tinggal 2minggu je lagi untuk exam semester lima. Ya, semester lima buat ahli ITQAN.

Kita semua sedarkah?
Ramadhan yang masuk hampir seminggu ini pun, merupakan ramadhan terakhir buat kita di bumi barakah DQ (kecualila bagi yang nak amk degree kat DQ).

Inilah pusat Tarbiyah terakhir yang sedang kita jalani buat kali terakhir di bumi barakah ini. Maka, wajarkah peluang yang terakhir ini, kita sia-siakan begitu sahaja?

Usah sekadar mendabik dada bangga kitalah yang tersenior di kampus ini.
"jalan ini, aku punya,"
"cafe ini, tempat lepak aku,"
"datang kelas lambat? aku punya pasalla...,"
"buku aku kena tahan HEP? Hey bro, aku tahun akhir kat sini tau. Pedulik apa aku dengan HEP tu.."

Mungkin itulah lumrah yang kan terhasil dari jiwa seorang insan yang bergelar senior. Ah, pedulikan itu semua. Yang saya mahu bicarakan di sini buat renungan semua ahli sem ITQAN, sampai bila kita kan meneruskan kebobrokan yang terhasil dari setiap sem yang bergelar senior?

Andai senior yang lepas pernah jatuh di dalam lubang yang sama berkali-kali, perlukah kita ulangi perkara yang sama lagi...??

Perlukah kita menelanjangi keaiban diri pada adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di bumi barakah ini?

Kegusaran yang melanda minda membuatkan saya semakin takut untuk meneruskan hafazan hingga ke juzu' 30. Walhal ketika mula-mula dahulu, tekad saya ingin khatam hafazan secepat yang mungkin. Bukti hati ini milik Allah s.w.t, saya hanya mampu merancang, tapi dibolak-balikkan hati ini dengan kegusaran yang memusing-musingkan otak fikiran.

Akhir-akhir ini juga baru saya sedar, saya sebenarnya bukan mengimpikan segulung diploma Tahfiz walSyariah di hari konvokesyen nanti. Bukan jua menanti majlis khatam yang akan dijalankan secara besar-besaran. Atau malam seribu kenangan yang akan meninggalkan seribu kemusykilan pada diri saya.

Lalu apa sebenarnya yang saya mahukan di tahun akhir perjuangan saya di bumi barakah ini.... bagaimana pula dengan sahabat dan sahabiah yang lain.. kita semua mahukan apa sebenarnya???
Gelaran? Sijil Diploma? Memakai jubah besar di hari konvo sambil mendakap jambangan bunga-bunga besar? Mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup?

Ah, kita mahu apa sebenarnya?
Mengapa baru sekarang terasa ingin mempersoalkan pada diri?
Mengapa tidak dari dulu???

Menangis saya mengenangkan kebodohan diri yang sering terlewat dalam membuat keputusan. Walhal masa yang ada, cuma tinggal beberapa bulan.
Tapi, masa yang tinggal beberapa bulan itulah yang kita laghakan...
facebook...
komik...
video2 lagha..
games..
lepak2 + borak2 dosa tanpa sedar..

Ah, aku tidak punya masalah Alquran atau akademik.. apa perlu dirisaukan.. menggelabah r minah ni nak sedar-sedarkan orang..

Huh, sudah penat saya berteka-teki di dalam hati, kerna itu saya muntahkan pada penulisan kali ini. Mahu kita sama-sama jadi pemikir dan penggerak, bukan terus hanyut dalam dunia ciptaan kita sendiri.

Ke manakah hilangnya huffaz kini? Adakah tenggelam dalam kemelut gejala sosial yang semakin memuncak dalam masyarakat hari ini?

Hey kawan, tinggal beberapa purnama sahaja lagi untuk kita di sini.
Bersediakah kita untuk melangkahkan kaki keluar dari penjara syurga ini demi membantu masyarakat menyelesaikan masalah-masalah yang semakin hilang punca? Atau mahu jadi orang hebat yang bersembunyi di balik tiang-tiang lampu di tengah jalan?

Saya semakin musykil dengan persoalan-persoalan yang samakin bercabang di minda. Bersediakah kita untuk bergelar HUFFAZ yang PROGRESIF??


Sedia atau tidak, itu bukan jawapannya. Tapi, orakkan langkah dengan tekad, akulah pencetus revolusi ummah! Akulah Alfateh buat masyarakat hari ini!!

Salam juang buat HAMALATUL QURAN!!


sekadar mampu menjentik rasa dengan izin Allah s.w.t. Andalah penentu dan jawapannya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam juang!