salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, October 10, 2010

Salam juang ya akhi!

kring..kring..kring...

Deringan telefon rumah mengejutkan diri yang sedang leka merenung buku catatan kerja yang berada di tangan.

Sudah lama tidak memegang telefon rumah. Tapi disebabkan pada hari itu, hanya dia dan adiknya yang keenam tinggal di rumah, dia segera melangkah turun ke tingkat bawah. Akibat terlalu kalut, dia tersungkur di bahagian tengah tangga. Masakan tidak, tangga yang dilalui itu suram, maka dia tidak melihat tangga yang seterusnya untuk dipijak, lalu...

Telefon terus berdering. Dia menyeringai menahan sakit sambil beristighfar panjang...
Tetap cuba mengagahkan diri untuk mengangkat gagang telefon. Hampir seminit dia mencuba, akhirnya dengan kepayahan menahan sakit, dia bisa jua mencapai gagang telefon.

Oh,adik perempuannya yang keempat yang menelefon. Mahu bercakap dengan ummi tetapi ummi tidak ada di rumah. Sebelum mengakhiri bicara, adik perempuannya itu mengingatkan diri untuk mengucapkan selamat hari lahir buat abangnya yang berada di Shoubra,mesir.

Seusai telefon diletakkan, dia bertatih menuju ke dapur. Meninjau-ninjau apa yang perlu dimasak pada hari itu.

Kring...kring...kring..

Dia baru sahaja melabuhkan diri di atas kerusi, telefon berdering kembali.

Siapa lagi yang membuat panggilan...ah,dia malas untuk berteka-teki..

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, sape ni?"dia bertanya
"Ni siapa?"suara seorang lelaki menyoal kembali.

Bergetar mindanya mendengar suara itu.
Oh,abang nya yang jauh nun di mesir sana yang membuat panggilan. Tapi sayang, tiada orang di rumah untuk berbual dengannya.

Dia? Jika dia, cukuplah sekadar mendengar suara demi melepaskan rindu pada abang tunggalnya itu. Dia tidak pandai berbasa-basi dengan abangnya. Hampir 6 tahun begitu.

Tiada kata-kata atau gurauan mesra yang terbit seperti dulu.

Masing-masing menjadi lain sejak melangkahkan kaki ke alam remaja.
Masing-masing mencari diri yang sebenar sepanjang kekakuan itu wujud.

Enam tahun terus berlalu...
Masing-masing terus cuba mencari jalan mengembalikan keserasian yang pernah wujud suatu ketika dahulu.
Masih bungkam. Suram.
Sesuram lampu tangga di rumah itu.

Usia yang semakin hari semakin meningkat buat dia kembali berfikir untuk menjadi abang dan adik seperti dulu. Bahagia. Mungkin..


"Sanah helwah ya akhi...moga usia yang semakin meningkat ini, menambahkan kematangan dirimu dalam meneruskan hidup. Semoga Allah memberkati dirimu dan diriku.Ameen..."


SALAM JUANG YA AKHI!

No comments: