Makanan yang ditempah telah sampai.
“Masya’ Allah, pekatnya sambal dia,enti tak gerun ka,”saya bertanya pada seorang ukhti yang turut bersama saya ketika itu.
“nak gerun apa?”dia bertanya kembali.
“aiseyh…buat-buat tak ingat plak..”saya cuba mengusik. Teringat keadaan yang pernah berlaku pada ukhti beberapa minggu yang lalu.
Saya cuba mengimbau kembali kisah itu.
Ukhti bukan minat sangat makan sambal belacan. Cuma benda dah ada depan mata. Budu, tempoyak, semua dia telan. Cencaluk ja belum lagi sebab belum jumpa depan mata.
Suatu hari,ukhti terambil sambal dalam kuantiti yang agak banyak dan terkena hampir keseluruhan lauk yang berada dalam pinggannya.
Seusai berdoa, dia pun mula makan. Sampai pada suapan yang ketiga, dia berhenti. Saya memandang ke arahnya. Musykil.
Matanya merah menyala!
Saya yang tidak mengambil sambal belacan waktu itu, tidak tahu apa yang dirasai. Namun melihat matanya yang merah dan hidungnya seakan-akan ingin berair, segera buat saya mengerti.
Ukhti segera berlari ke singki. Mencuci tangan dan membasuh mukanya. Tidak tahan barangkali, saya cuba mengagak.
Seminit kemudian dia datang kembali ke meja makan dan menyambung makan. Saya agak terkejut melihat tindakannya. Sambal itu benar-benar pedas. Saya cuba merasai sedikit sambal yang ada di dalam pinggan ukhti. Itu pun sudah berasap telinga.
Saya menasihati ukhti untuk menukar nasi lain jika dia tidak tahan. Tapi dia cuba untuk tersenyum, mengangguk dan meneruskan suapan hingga ke sisa yang terakhir. Boleh siap jilat jari lagi tu.
Sunnah, katanya perlahan.
Akibat daripada kejadian tersebut, seminggu ukhti menjadi seorang yang sangat pendiam kerana mulutnya sakit, langit-langitnya pecah-pecah dan telinga bagai kurang berfungsi. Seminggu juga dia berhenti makan sambal belacan.
Kasihan ukhti…..
Tapi lepas tu, dia makan balik….
“ha, tak ingat lagi ka,”saya mengusiknya lagi. Saya pun turut mengambil sambal, cuma diasingkan dalam bekas lain. Saya yang meminta waiter untuk mengasingkannya.
“Sambal belacan ni, tarbiyah,”ringkas ukhti menjawab. Tak serik barangkali.
“boleh plak macam tu?”saya cuba menimbulkan persoalan.
“iya…enti suka tak diri enti ditarbiyah?”ukhti bertanya pada saya kembali.
“suka,”saya menjawab.
“enti suka tarbiyah yang macam mana?”dia terus menyoal.
“tak syadid sangat dan tak lembut sangat. Lembut-lembut sangat pun ana tak boleh,”saya cuba
mecetuskan provokasi.
“Tarbiyah tu benda yang kita boleh pilih ka? Erm, kalau macam tu, ana tak suka yang kasar-kasar. Sikit pun tak boleh. Ana suka yang lembut-lembut ja,”
“Tapi, enti kan bukan jenis ala-ala gadis ayu,kenapa tetiba dalam soal tarbiyah enti suka yang lembut plak?”
“Lah, apa salahnya. Ana ni Nampak ja kasar,tapi jiwa lembut baa..,”
“oh, macam tu ka?”
“tadi enti yang kata boleh pilih. Kalau boleh ana naklah pilih yang lembut, sesuai dengan jiwa ana,”ukhti seakan-akan cuba menyampaikan sesuatu.
Saya tergelak perlahan.
“Jadi, apa kaitan dengan sambal belacan tu?”saya cuba menimbulkan persoalan yang saya telah ada jawapannya. Mengapa saya bertanya? Kerana mungkin jawapan saya dan ukhti berbeza.
“Sambal yang ana nak makan ni, ana tak tau lagi sejauh mana kelazatannya. Adakah ia akan menyebabkan ana akan sering ke warung ini lagi, atau membuat ana tidak mahu lagi menyentuh sambal buat selama-lamanya,”jawapan ukhti masih lagi samar-samar.
“Jadi?”
“Kenapa enti tanya benda yang enti dah tau. Enti banyak lagi makan asam garam dari ana,”ukhti tersenyum sambil memandang saya.
Kami tertawa bersama-sama. Bahagia.
Ya, sambal belacan yang telah kita letakkan dalam pinggan untuk dimakan, belum pasti lagi bagaimana rasanya. Rasanya tidak semestinya dengan hari-hari yang lepas, melainkan kalau buat sendiri sambal tu.
Ukhti cuma makan benda yang dah disediakan. Sebab sambal belacan tu lah yang disediakan hari-hari di dewan makan kami.
Meskipun ukhti pernah merasai kesakitan akibat samba yang terlampau pedas, dia masih tidak serik untuk menyentuhnya. Dia bukan minat pun sebenarnya, tapi itulah yang dihidang hari-hari buat kami setiap kali makan tengahari atau petang disediakan.
Dia boleh ja tak nak ambil sambal tu, Cuma katanya, nanti membazir, kita bayar yuran makan.
Sambal belacan vs tarbiyah.
Adakalanya, terasa sambal yang dimakan amat sedap yakni mengikut cita rasa kita. Adakalanya tidak. Terlebih masin, masam dan kemungkinan besar ia teramat pedas sehingga mampu membuatkan kita demam selesema.
Tarbiyah itu perkara yang perlu untuk kita selaku seorang muslim. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana kekentalan iman kita.
Terutamanya bila kita berada di jalan dakwah. Adakah dengan kesakitan dan kesusahan yang kita lalui membuatkan kita semakin kuat atau semakin lemah…
Hakikatnya kita tidak sukakan kesusahan, kepayahan dan segala macam mehnah tribulasi. Tapi, itulah tarbiyah. Adakalanya kita diuji dengan kemewahan, kesenangan dan kebaikan. Namun seringnya kita terlalu jarang mendapat apa yang kita ingini.
Ukhti bukannya tahan pedas sangat, tapi dia berupaya menghabiskan nasi yang telah bercampur dengan sambal yang telah membuatkan air matanya mengalir. Hebat!
Ya, tarbiyah itu pelbagai rupanya. Semakin hebat individu tersebut, semakin hebat tarbiyah buatnya.
Jalan dakwah ini, tidak pernah sunyi dengan dugaan. Mahu berpaling atau tetap tegar
meneruskan perjalanan?.....
Ukhti telah pun selesai makan. Tiada sisa sambal belacan yang tinggal.
Alhamdulillah…moga ana istiqamah dan thabat dalam perjuangan dakwah ini, ukhti berbisik perlahan..
No comments:
Post a Comment