"Dik,nak tanya sket boleh," suara seorang insan menyapa saya tiba-tiba.
"Nape kak?"
"Ramai ke yang dah tau akak dah kahwin?" terkelu saya mendengar persoalan itu.
"Maksudnya pa kak? Ahli sem saya atau adik-adik?"
"Yelah, diorang la,"
"Tak pasti la kak. Tapi kalau sem ana, ramai kot yang tau. Kenapa kak?" bertanya kerana musykil.
"Akak risaula dik, sejak dua menjak ni, ramai banin pandang akak lain macam,"
"Pandang lain macam?"musykil lagi.
"ye la, akak takut diorang tak tau yang akak ni dah kawen,"
"Maksud akak depa minat kat akak ka apa?"sebijik cam soalan budak-budak. Ya, saya memang kurang faham soalan tu. Soalan dewasa sangat kot.
"Lebih kurang la... takut akak,"
"Habis akak nak ana buat apa, tolong buat announce yang akak da kawen ka?" Macam takda idea lain la plak..
"Hu3..takdalah.. cuma kalau boleh sampaikan, tolong sampaikan. Eh, ok la dik, prebet da sampai tu, akak pergi dulu ea,"beliau terus melangkah meninggalkan saya dengan sisa-sisa soalan.
Hajat besar tu. Nak sampaikan kat sape tentang apa yang diminta tadi?
Biasa la tu kalau ahli sem saya mula-mula tercari-cari calon isteri dan suami. Sem akhir dah ni.
Biasa kalau hari konvo, ada ja yang bawak suami atau bakal isteri.
Fitrah. Susah nak lawan tapi perlu berusaha untuk mengawal.
Cumanya persoalan saya di sini, apa cara yang terbaik untuk saya menyampaikan pada orang lain terutamanya yang berlainan jantina tentang perkahwinan akak tersebut supaya tidak ada lagi mata yang memandang lain atau berharap padanya?
Saya temui jawapannya dalam tazkirah asar di surau banat pada suatu hari.
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." (al-Nur, ayat 31)
Perhiasan yang bagaimana?
Terjemahan ayat : kecuali yang biasa kelihatan padanya.. dapat juga diterjemahkan: kecuali apa yang zahir (illa ma zahara). Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamerkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)
Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..
Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Masud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan dari al-Dhahhak.
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
Sedikit perkongsian yang dapat saya simpulkan.
Bukan tidak boleh berhias, tapi berpada-padalah. Wanita itu adalah fitnah. Jika dibiarkan terdedah, fitnahnya bisa tersebar luas dan merosakkan dunia.
‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ [Hadis Riwayat Muslim]
Mohon maaf atas segala kekurangan.
Salam muhasabah menghitung diri.
No comments:
Post a Comment