Meninjau kembali saat sebelum saya mengisi borang kemasukan ke Darul Quran JAKIM.
Nekad saya ingin menyambung pengajian dalam bidang diploma tahfiz walsyariah.
Meskipun ada sahabat yang mempertikaikannya kerana diploma mengambil masa tiga tahun yakni lebih lama berbanding di matrikulasi yang paling lama pun dua tahun.
Membazir umur kata mereka.
Mengapa saya nekad?
Kerana sewaktu itu, saya bercita-cita untuk menjadi seorang penghafaz Alquran yang masyi serta mampu memahami setiap ayat Alquran yang dihafaz dan mampu untuk menjadikan ayat Alquran sebagai hujjah.
Dan itulah yang saya doakan pada setiap kali seusai solat.
Tetapi kini baru saya sedari, ada satu perkara yang saya terlupa untuk diniatkan.
Lalu, saban hari saya menghafaz ayat demi ayat. Dan setiap ayat itu saya pasti merujuk maknanya dahulu sebelum menghafaz.
Hari demi hari terus berlalu. Bulan demi bulan dan tahun demi tahun bertukar ganti.
Rupanya,menghafaz Alquran bukan semudah yang dikatakan. Mahu memahami makna ayat sebijik-sebijik?
Pun tidak semudah dijangkakan.
Apatah lagi memahami tafsiran setiap ayat Alquran yang dihafaz dan ingat dengan sebaiknya.
Mengapa sukar?
Kerana saya terlupa sesuatu di permulaan dahulu....
Pengaplikasian ayat.
Saya terlupa menanam azam untuk menjadi huffaZ yang mengamalkan Alquran dalam kehidupannya.
Kerana itu saya merasa sukar......
Alquran bukan untuk dihafaz semata-mata. Dan bukan jua dihafaz untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi dihafaz untuk mendapat kebaikan di dunia semata-mata.
Tapi Alquran adalah kalamullah yang mulia yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril alaihi salam.
Lalu,adakah dengan sewenang-wenangnya Allah mengurniakan Alquran itu kepada sesiapa?
Sengaja saya mencetuskan persoalan ini agar kita bersama merenungi diri, adakah kita sebenarnya termasuk dalam golongan insan yang layak untuk memelihara Alquran....??
Kita menghafaz Alquran tetapi masih melakukan perkara-perkara yang lagha lagi melalaikan..,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi masih meremeh-remehkan solat fardu,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi masih melakukan dosa,
Kita hafaz kalamullah tapi sering mempertikaikan hukum-hukumNya,
Kita hafaz kalamullah tapi masih ragu tentangnya,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi malas untuk menghayatinya,
Kita hafaz kalamullah tapi masih ragu untuk mengamalkannya...
Maka cepat-cepatlah tanya diri, kenapa nak jadi hafiz quran...???
Kenapa kita hafaz quran sebenarnya...
Kalau tak mampu nak jadi Alquran yang bergerak, maka usah jadi penghalang kepada penyebaran isi-isi Alquran dan hukum-hukumnya,
Kalau tak mampu untuk mengamalkan Alquran sepenuhnya, jangan kita yang menjadi ftnah kepadanya,
Tapi bila dah hafaz quran, tidak boleh tidak, kena gak amalkan kandungannya.
Menulis buat peringatan khusus buat diri yang dhaif ini...
Kita baca, kita hafaz, takkan orang lain plak yang kena praktikkan??
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (19). Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah (20), dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir (21), kecuali orang-orang yang menegakkan shalat (22), yang mereka itu tetap menegakkan shalatnya (23) , dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu (24), bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak rnau meminta) (25), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan (26), dan orang-orang yang takut terhadap azab Rabb-nya (27). Karena sesungguhnya azab Rabb mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya) (28) ."
(Surat Al-Ma’arij Ayat : 19-35)
wallahu a'lam...
Moga2 Allah memasukkan kita dalam golongan orang2 yang bertakwa dan ikhlas...ameen
salam 'eidul adha 1431h..
No comments:
Post a Comment