salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, October 23, 2011

Saya Masih Muda


"Umur awak berapa?"seorang adik bertanya.

"muda lagi," saya menjawab selamba.

"Muda tu berapa ya, kalau saya 18 tahun, awak 17 ka?,"

Ceh, macam perli pulak minah ni...

"21............."

"Oh,kakak la ni... akak dulu belajar mana sebelum ni?" dan macam-macam lagi soalan yang ditanyakan pada si tua yang perasan muda itu. Almaklumlah,bukan budak sekolah,jadi soalan yang ditanyakan pasti bukan tentang sekolah.

Ya, saya hadir di bumi syam ini, demi menyambung pelajaran di peringkat degree selama empat tahun atau kurang daripadanya. Atau istilah lain, saya adalah pelajar sobahi bukan tajsir ( yang boleh transfer kredit) yang hanya perlu duduk di bumi syam ini tidak lebih tiga tahun meskipun saya memiliki diploma dalam bidang yang sama.

Ada apa pada segulung diploma?
Banggakah usia lebih dari yang biasa?

Tidak ada yang perlu dibanggakan,cuma secebis segan yang sering bertamu disebabkan usia yang agak lanjut berbanding pelajar tahun satu yang lain.

Usianya sudah melepasi angka 21. Amalnya bagaimana?

Andai saat ini nafas terhenti buat selamanya, bisakah umur yang dimiliki mampu menyelamatkan diri dari siksa kubur dan api neraka?

Pada suatu hari, saya telah terlewat ke kelas English. Saya yang masih berada di library tika itu,berjalan sepantas mungkin melangkah menuruni anak tangga library. Sedar tak sedar dalam kegopohan itu, saya harus melalui kawasan utama universiti.

Oh,bukan harus,tetapi MESTI.

La budda yakni tidak boleh tidak untuk saya sampai ke kelas. Kawasan yang menjadi tempat lepak pelajar-pelajar universiti yang sangat bijak dan cerdik kerana tidak perlu bersusah payah menyusun masa demi mendapatkan masa yang terbaik untuk mengulang kaji pelajaran. Almaklumlah,belajar menggunakan bahasa ibunda. Lainlah seperti saya dan pelajar Malaysia lain yang perlu berusaha untuk rajin supaya faham apa yang dipelajari dalam kelas.

GEDEGANGGGG!!!!!!!!!

Saya tidak pasti apa yang berlaku. Apa yang pasti saat itu, hampir kesemua mata memandang ke arah saya.

Ya Allah..apakah yang telah berlaku!

Kaki saya tidak menyedari akan kewujudan besi palang di bahagian khemah yang saya lalui. Alhamdulillah, saya tidak terjatuh tersembam. Malah meneruskan perjalanan ke kelas seperti tidak ada apa yang berlaku meskipun telinga saya menangkap gelak tawa dari pelajar-pelajar arab yang melihat kejadian itu.

Sakit itu berlarutan hampir sebulan, tetapi saya seakan-akan tidak menghiraukannya.

BONGKAK! Ego! Itulah manusia yang seakan-akan tidak peduli dengan sebuah ketukan hidayah dariNya.

Terlupa untuk menilai diri.

Eh,ingat Allah saja-saja je ke bagi langgar kaki dengan besi haritu?
Awak, there's no accident in life!


Bukankah segala yang berlaku itu di bawah penguasaan Dia...?

"(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah, Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu". (QS. Al An’aam, 6:102)


Tapi kita selalu memandang enteng setiap yang berlaku.


Sepatutnya, seusai kaki saya mencium palang besi itu, saya harus beristighfar. Siapa cakap tak sakit? Sakit wo...


Tapi tak terlintas lansung di benak saya rasa bersalah. Mungkin kerana rasa malu menebal dalam diri akibat merasakan apa yang baru berlaku itu, adalah sesuatu yang mengaibkan.
(Mengaibkan pada pandangan mata manusia)


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," 
(QS. Albaqarah, 2:155)

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS. Albaqarah, 2:156)





Masuk minggu ketiga selepas kejadian itu, baru minda saya mengulang kembali detik kejadian tersebut.
Saya terlupa bertanya pada diri, dosa apakah yang telah saya lakukan sehingga ditegur Allah dengan kemalangan kecil itu?


Terlupa untuk memuhasabah diri. Aduhai diri...........



"Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)". (QS. Albaqarah, 2:215)




Ah,benarlah.


Usiamu banyak tapi pengakhirannya penuh dengan sesalan bukankah itu sesuatu yang sia-sia?



Biarlah usiamu singkat,tetapi itulah yang akan menghantarmu bertemu denganNya di syurga..


Ah,itukan lebih manis.


Untuk apa jadi si tua yang lupa.




Kadang-kadang hatimu menegur akal yang buat-buat lupa, tapi kerapnya akal sering dengan egonya.


Bukankah akal dan hati itu perlu bekerjasama dengan iman untuk memimpin diri menujuNya?






P/S: adakah ini bermakna saya harus merasa diri sentiasa muda?


Zikir Fikir...