salam tazkir
" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-
Monday, October 31, 2011
Si pengemis itu.
"Pakcik, ikan ni sekilo brapa?"
" Sawi ni pakcik tanam sendiri ka?"soal pembeli kepada peniaga.
"Tolong petik kangkung kat belakang umah sat,"pinta umi pada anaknya.
"Kami nak yang hat ni sekilo pakcik,boleh?"...
Meriah sungguh pasar minggu itu. Saya jarang ke situ,hanya ke pasar malam sahaja yang agak kerap. Itupun dalam dua-tiga bulan sekali.
Percaya atau tidak,saya hanya pernah beberapa kali sahaja ke pasar minggu itu. Walhal, pasar itu adalah tempat ayah saya membeli barang-barang basah dapur pada setiap hujung minggu.
Kalau saya pergi pun, saya hanya menjadi pemerhati dan pengangkut barang-barang.
Bukan seringgit dua abah beli. Fuh, tak terkiranya banyaknya. Biasalah anak ramai. Tambah-tambah lagi kalau anak-anak yang duduk hostel dan asrama dok pakat balik rumah.
Macam kenduri lagaknya.
Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah...
Dulu waktu kecik-kecik,sokmo ngendeng-ngendeng kat ummi nak ikut abah pergi pasar. Tapi sekarang ni dah besar. Abah pun tak berapa galakkan anak-anak perempuannya ke pasar selagi ada orang lelaki yang boleh diharapakan dalam rumah.
Di bumi Jordan ni, la budda, tidak boleh tidak, mesti ke pasar untuk mencari barang-barang dapur. Tiada lagi abah, abang atau adik lelaki di sini. Segala-galanya perlu belajar sendiri. Tahu atau tidak tahu barang-barang yang nak dibeli dalam bahasa arab,ia tetap perlu dibeli.Maka belajar itu adalah menjadi kewajipan pada setiap hari. Belajar menelusuri hidup di tanah orang.
Meskipun di sini,tiada sayur-sayuran yang menghijau, atau ikan-ikan segar dan haiwan-haiwan laut yang boleh dibeli atau dimasak,belajarlah untuk bersyukur.
Simpan sahaja rasa ingin makan tomyam seafood, atau sayur-sayuran yang rangup.
Belajarlah menerima sesuatu yang berbeza.
Kelmarin di pasar itu, pengemis yang sama saya temui lagi. Tapi tidak seperti kelmarin sudah,hari itu dia hanya memandang sahaja saya dari jauh.
Perjalanan pulang ke rumah menemukan saya dengan pengemis yang lain. Saya belum pernah melihat makcik itu. Air wajahnya teramat sayu. Sebak.
Segera saya mengeruk beg yang saya sandang. Tidak ketemu apa-apa.
Saya menatap plastik yang berisi barang yang baru dibeli dari kedai. Cuma setin susu cair. Hakikatnya saya memang bercadang untuk membeli barang-barang dapur yang telah habis.Yakni,lebih dari setin kecil susu itu.
Tapi,saya hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya dan perancangan saya sudah pasti banyak kekurangannya. Kewangan saya tidak mencukupi. Itu pun hanya saya sedari selepas barang-barang yang diperlukan telah saya letakkan di kaunter pembayaran. Terpaksa saya menolak barang-barang lain dan akhirnya tinggallah setin kecil susu cair.
Saya segera membayar dan beredar selepas menyedari pakcik kedai tersebut memandang hairan pada saya.
Ya,makcik tua yang kelihatan seperti pengemis itu,kelihatan bersih wajahnya.
Selepas menatap wajahnya dari kejauhan, saya segera melangkah pergi.
Saya mungkin sama dengan pengemis itu. Namun, nilai taqwanya di sisi Allah, boleh jadi lebih baik berganda-ganda dari saya.
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Surah al-hujurat 49:13)
Allahhu akbar..
Sayalah pengemis sebenarnya...
Yang sering mengemis cinta dan kasih dariNya.........
Mengemis dan terus mengemis...~
Tuhan,hadirkanlah cintaMu buat diri ini.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Mahu jadi pengemis juga . . .
Allahu allah . . .
kita semua adalah pengemis,
sentiasa berharap akan kasih dan cintaNya
Assalamualaikum wbt
Sememangnya kita manusia merupakan pengemis/faqir dan memerlukan pertolongan Allah SWT. Surah Fathir:15 يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَاللَّـهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Wahai umat manusia, kamu adalah faqir yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Selagi kita hidup dengan tidak berpetunjuk dari Allah SWT, selagi itulah kita hidup dalam kesesatan dan penghidupan yang sempit didunia dan akhirat. Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Sebagai faqir, kita perlu segera meminta kepada Allah SWT dengan mendekatinya. Surah AzZariyyat:50 فَفِرُّوا إِلَى اللَّـهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
Spt dalam Surah AlIkhlas:2 Allah Tempat Meminta Pertolongan.
Setiap saat dan ketika kita memerlukan petunjuk dari Allah Swt supay menunjukkan kita jalan2 kesejahteraan. Surah AlMaidah:15 يَهْدِي بِهِ اللَّـهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Wallahualam.
Aiwah..dalil yang wadih..
syukran ats perkongsian
seharian mengimis rahmat-NYA...dalam mengemis itu juga datang kealpaan yang tidak pernah puas...ampunkan dosa2 kami YA ALLAH.
Post a Comment