Qiblatnya benar-benar lurus. Menghadap dinding konkrit
berwarna putih. Di ruang itu kami sering bersama-sama.
Tapi pagi ini, Almathurat yang dibaca, berjaya menembusi
dinding yang dikatakan konkrit itu. (konkrit kah? Belum pernah mencuba lagi…)
Almathurat di sana pun baru selesai dibaca. Jam menunjukkan
angka 7pagi.Masing-masing mengambil posisi lentok berdekatan dengan sofa.
Ni belum zikir Almathurat kubro lagi… Tak sampai beberapa
minit,hampir kesemuanya syahid.
Tinggal ummi yang meneruskan kerja-kerja mengiranya selaku
juruaudit merangkap bendahari abah tercinta. Ah,ummi seorang suri rumah yang
sangat setia.
Kebiasaannya sekitar jam 8 pagi,agenda seterusnya akan
bermula. Bacaan surah pilihan,tazkirah dan solat dhuha. Bergantung juga pada
akitiviti anak-anak yang sering menggangu agenda rumah hasil perah otak Ummi
tercinta. Waktu cutilah waktu yang terbaik dan kerap diadakan aktiviti bersama
keluarga seperti ini.
Tapi kini…saya tidak pasti jika ada rutin yang berubah.
Anak-anak ummi tiga orang telah terbang jauh. Seorang di mesir, seorang di
Jordan dan seorang kakak yang baru mendarat di kota London minggu lalu bagi
menyambung pengajian di peringkat Master. Dua orang di IPTA tempatan. Tiga orang
di sekolah menengah. Ada yang sedang menjalani peperiksaan dan ada yang bakal
menduduki SPM beberapa bulan lagi.
Alhamdulillah,masih ada adik-adik di rumah buat menemani
ummi. Tiga orang adik yang bersekolah di sekolah rendah berhadapan dengan
rumah. Keluar jam tujuh pagi,pulangnya tetap selepas jam empat petang.
Ya,rutin itu pasti berubah. Moga rutin itu menjadi lebih
baik meskipun bilangan anak-anak di sisi tidak mencukupi.
Mampukah saya mewujudkan suasana seperti itu di rumah sewa
yang baru saya duduki sejak sebulan yang lepas. Sebulan?
Masya’ Allah,telah cukup sebulan saya di sini. Cukup sebulan
detik ummi dan abah mendakap saya di lapangan terbang KLIA berlalu.
Lalu saya harus menanti suasana yang membentuk jati diri saya atau saya yang harus membentuk suasana...???
Lalu saya harus menanti suasana yang membentuk jati diri saya atau saya yang harus membentuk suasana...???
Masa terus berlalu. Zon selesa telah sebulan saya
tinggalkan.
Ya, Darul Quran JAKIM yang sarat dengan biah solehah
(persekitaran yang baik)..
Jua rumahku syurgaku milik abah yang menjadi tempat berteduh
sejak sekian lama yang jua sarat dengan tarbiyah.
Juga program-program yang bermanfaat buat rohani dan jasmani
yang bersepah-sepah di Malaysia. Cuma mahu atau tidak.
Di kampung mu’tah ini, saya yang harus membentuk diri dan
jiwa. Mahu tewas dengan kepanasan musim soifi atau kesejukan musim syita’ pun
saya jua yang memilih.
Mahu fokus dengan akademik dan persatuan atau akademik
semata-mata pun saya yang harus membuat pilihan.
Saya mahu rumah sewa ini disirami dengan cahaya
riyadhussolihin pun,saya jua yang perlu membuat pilihan!
Hasbunallahhu wanikmal wakil…~
Siiru ‘ala barakatillah.
No comments:
Post a Comment