Di atas sejadah cinta, bertelekulah sambil membilang butir-butir tasbih dalam alun zikrullah yang bergetar di bibir kering nan merekah,
Alirkan aura mahabbah yang pernah bersemadi pada sekeping hati yang telah lama terkunci.. Sebarkan pada seluruh ruh-ruh jasad yang semakin parah sakitnya..
Seringnya diri asyik berfikir bgaimana mahu dipenuhi segala kehendak yang dipintakan oleh jasadiyyah, sehingga terlupa untuk menjaga kebajikan ruhaniyyah yang semakin hari menyepi tidak berdaya. Fikrahnya mugkin haraki, tapi jiwanya belum tentu sufi. Namun kesufiannya hadir saat Tuhan menghujani diri dengan bebanan ujian yang dirasakan tidak tertanggung oleh jiwanya yang maha lemah. Mujur masih wujud rasa ingin kembali, meski terpaksa bertatih dalam mencari fitrah diri yang sebenar.. Andai di saat cubaan untuk melangkah itu teruji dengan kepayahan yang menggoyahkn iman yang sdia lemah, kan terus thabatkah diri dalam perjuangn ini..? Bagaimana mahu dirawati penyakit ummah yang semakin kronik andai diri sendiri menghadapi masalah di sisi Tuhan..?
Konflik jiwa yang dialami, mungkin tazkirah buat diri yang kian hanyut dari tujuan sebenar perjuangan ini.. Lalu, teruskanlah... Membilang butir2 tasbih dengan basahan zikrullah. Moga, di atas sejadah cinta itulah, kan ditemui penawarnya...
1 comment:
kamu boleh ukhtiku sayang..
Post a Comment