salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, September 21, 2010

One cup of tea to share


“Ateh, bancuhlah teh.. Dah lama tak rasa teh ateh. Dulu ateh rajin bancuh teh tu. Apa jenamanya, ana.. ha, teh ANA,..bancuh la teh, teh ANA tu…,”.

Saya tersengih mendengar permintaan dari seorang adik beradik usrah sewaktu dia menziarahi saya di bilik.

“Kita buli ateh..,” saya sengih lagi. Macam-macam.. Tak palah, depa pun bukan selalu mai bilik saya.

Sewaktu membuka balang yang berisi gula, saya terlihat seekor semut sedang merayap di tepi penutup balang tersebut. Keseorangan. Ops,silap, keseekoran.. huh, rosak bahasa.

Mengapa cuma seekor? Saya musykil. Biasanya yang datang menyerang ruang dapur saya, berbondong-bondong ramainya. Tapi kali ni, cuma seekor. Di mana sahabat-sahabatnya lain?

“Ha, satgi dia bawak mai kawan-kawan dia, hang bising plak. Syukurlah dia mai sekor ja. Takdelah susah-susah hang nak buang,” hai… perli nampak. Hati saya memang begitu, suka beno memerli saya. “Hakikat beb, terima jelah,”.. ha, tengok tu. Isk3…

Saya cuba mengushar keadaan sekeliling ruang dapur, mana tau geng semut ni dok menyorok tunggu masa nak serang. Tapi saya tak berjaya menemuinya.

Seusai membancuh air, saya masih lagi terfikir tentang semut yang seekor tadi. Semut tadi seolah-olah cuma mengangkut butir gula untuk dibawa pergi. Namun tidak berjaya, kerana saya telah menangkapnya! Macam kojam plak dongar.

Andai kata semut tadi datang with da geng, koman-koman pun dapat angkut berpuluh-puluh butir gula dari balang gula tersebut. Ni dak, dahla tak dapat gula, kena tangkap plak tu… isk3… nasib ekaula...

.


Erti Sebuah persahabatan

Eh, dah masuk bab persahabatan plak.

“Awat, hang tak suko ka?” Terdiam saya seketika. Berfikir .

Kesian plak kat semut tadi. Agak-agak kalau biar je dia kat balang tu, esok-esok jadi apa ye.

Semuanya tak boleh dijangka, mana tau semut yang sekor ni sebenarnya spy kepada geng-geng dia yang lain. Nak tengok keadaan selamat ke tak… kalau begitu le, betapa besarnya pengorbanan semut ni pada geng dia sebab sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kawan-kawannya.

Mungkin saya berhak menyalahkan semut ni sebab buat kerja sensorang. Dan saya juga berhak menyalahkan kawan-kawannya kerana tidak datang membantu. Mungkin…Tapi hakikat keadaan sebenar, saya lansung tidak tahu apa cerita di sebaliknya. Boleh jadi strategi semut-semut ni memang disusun begiitu.

Mahu saja saya bertanya kepada semut tadi tetapi bagai mustahil pula akan mendapat jawapan.

Persahabatan itu adalah suatu perkara yang tidak ternilai. Tak boleh dibayar dengan wang ringgit walaupun hangpa terdiri daripada orang-orang kaya nowh..

Biasanya manusia mempunyai pelbagai jenis sahabat. Dari yang sebaik-baik malaikat, sampai ke tahap gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam dan pelbagai istilah lagi.

Persahabatan dalam dunia perjuangan

Ada manis, ada pahit, masam, masin dan sebagainya. Tetapi, kebanyakan yang ada, lebih kepada pahit.

Dalam medan perjuangan, kita akan menemui ramai orang, tetapi biasanya kita akan diuji melalui satu situasi yang seolah-olah kita keseorangan dalam keramaian itu.

Sahabat fungsinya mejadi pelengkap kepada sahabat yang lain. Jika sorang bancuh air, sorang lagi masakla makanan. Kesamaan. Rukun ukhuwah yang kedua.

Tapi kalau sorang tu yang bancuh air, yang masak makanan, yang gi basuh pinggan mangkuk… semuanya dia buat. Takda backup. Agak-agak berapa lama yang sorang ni mampu bertahan.

“ikhlas la sket buat kerja tu,” ada suara yang wujud.

Hei kawan, cakap memangla senang. Ikhlas la beb,ikhlas la beb... Ikhlas tu umpama semut hitam yang berjalan di tengah malam di atas batu hitam. Mana boleh nak nilai-nilai macam tu. Setuju? Tak paksa pun untuk setuju. Tapi, fikir-fikirkanlah.

Jangan disebabkan kita dah terlalu selesa berada di sesuatu posisi, kita lupa untuk menjenguk sahabat-sahabat yang berada di posisi lain. Jangan sampai suatu waktu, semasa kita tiba-tiba terasa ingin menjenguk sahabat yang berada di posisi lain, kita tidak melihat sesiapa pun di posisi itu. Kosong. Tidak pasti ke mana sahabat di posisi itu menghilang.

“ah, apa susah, ganti orang baru,”

Erm, senangnya kan. Bertukar ganti tanpa ada nilaian.

Begitukah makna sebuah persahabatan dalam sebuah perjuangan?

Lalu sedikit demi sedikit ada yang berundur dari medan perjuangan.

“Depa tu memang cepat sangat putus asa. Bermasalah. Ada masalah bukan nak bagitau. Pendam sensorang. Cenggini la jadinya!”marah seorang sahabat.

“Ana dah cakap dah, posisi tu memang tak sesuai untuk dia. Lagi tak da sapa yang back up. Kalau ana jadi dia pun, tak mustahil ana ambil tindakan macam tu,”luah seorang sahabat.


Artikel ini bukan saja-saja saya tulis. Tapi kerana ingin memberi teguran dan ingatan khususnya buat diri saya yang lemah ini, jua buat ingatan semua ahli gerakan Islam.

Jika masalah-masalah yang melibatkan persahabatan berlaku dalam sesebuah gerakan, kepercayaan sesama ahli akan terkikis sedikit demi sedikit. Lalu wehdatul fikr sama sekali tak kan dapat dicapai. Walhal berjuang kerana matlamat yang sama.

“Ana sangat terkilan sebab biasanya yang terlibat dengan masalah-masalah hati tanpa disedari ni, adalah sahabat-sahabat yang hebat,”luah seorang ahli.

Boleh jadi kerana kesibukan yang teramat, menjadikan orang-orang yang dilabel hebat ni, terlupa menyelesaikan masalah yang dirasakan kecil seperti kudis.

Kudis, kalau tak bernanah takpa. Kalau bernanah? Sama-sama la kita fikirkan.

“Ana tak pasti apa yang dimaksudkan persahabatan sebenarnya dalam perjuangan ni. Benarkah ukhuwah yang terjalin antara kita benar-benar kerana Allah? Jika ya, mengapa wujud assobiyah? Yang hebat dok sama ngan orang yang hebat. Habis, macam mana dengan yang baru bertatih ni?” persoalan lagi.

Lalu, benarkah persahabatan itu fungsinya adalah untuk saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain?

Saya tidak pasti. Itu fakta atau realiti?

Realiti sebenar persahabatan yang jujur kerana Allah itu, memang sebegitu. Tapi kita yang seolah-olah mengubah realiti seperti kita memutar belitkan fakta.

Episod sebuah persahabatan, suka duka,bukan fakta yang tidak bisa diubah dalam sebuah kisah persahabatan.

Tapi pengalaman yang merealitikannya.

Sebagai salah seorang ahli gerakan Islam, kita mahu kisah persahabatan yang bagaimana?

Atau mahu kenangan-kenangan yang membuat kita tidak bisa bangun lagi dan tidak lagi duduk dalam saf perjuangan yang sama.

Alamak, geng semut da sampai. Ha, itulah dia strategi semut yang terhasil dari wehdatul fikr sesama mereka. Ukhuwah yang sebenar akan menghasilkan kesatuan fikrah yang benar-benar padu, dan gerakan Islam yang disertai akan bertambah mantap.

Tapi biasanya, nak dapat yang manis ni, kena rasa yang pahit dulu. Setuju? What,you not agree? Oh, saya tak suruh pun untuk anda bersetuju, cuma mahu kita sama-sama berfikir dan memilih di antara dua. Naik yang baik atau sebaliknya? Bergantung pada anda dalam merealitikan ukhuwah fillah yang sebenar!

“Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah kami dalam agamaMu, tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu, tetapkanlah jua hati kami untuk terus berjuang di jalanMu.. sesungguhnya Engkau Maha mengerti kemampuan jiwa-jiwa hambaMU..

Ameen ya rabbal ‘alamin…”


Secangkir teh untuk dikongsikan bersama. Meski teh yang sedia ada mungkin berperisa sos atau halia, sama-samalah kita menghirupnya. Mungkin kita inginkan teh yang lebih sedap, jadi habiskan yang sedia ada dan bancuhlah teh yang baru bersama-sama… ^_^

Wallahhu a’lam bissowab.

3 comments:

Husni said...

penyakit hati seharusnya dielakkan di antara kita kerana kadang2 kita lupa orang yang kita rasa sakit hati itu sahabat kita juga....

AnA ImTiYaZ.. said...

Smakin rapat, smakin mudah trluka..

Al - Mu'allim said...

Salam

Hebat, seekor semut boleh membuatkn terfikir ttg ukhuwwah

"Smakin rapat, smakin mudah trluka.."
INshaAllah tidak jika ukhuwwah itu dibina atas jalan dakwah lillaahi ta'ala.

Namun ukhuwwah fillah itu tidak mudah diperolehi. Banyak tuntutannya. Senang dilafaz namun sukar dilaksanakan. Apabila masing-masing berharap, akhirnya, timbullah 'term' ukhuwwah retorik.

Wallahu 'alam