Kereta yang dipandu oleh abah angkatnya, telah pun sedia berada di atas sebuah feri. Mahu ronda satu pulau pinang, kata abahnya.
Dia memerhati laut yang terbentang luas. Jua memandang pulau pinang yang tidak jauh kelihatan.
Kosong.
Terus dia memerhati daun-daun dan sabut yang terapung di belakang feri tersebut.
Seperti itukah hatinya?
“kita pi ronda ikut balik pulau lah,”dia sekadar mengiakan perlahan. Tiada perasaan.
Seusai sahaja feri yang ditumpangi berlabuh di pelabuhan kapal pulau pinang itu, kelihatan manusia sedang bersesak-sesak menanti feri yang seterusnya datang.
Fuuh…tu baru manusia,.. kereta , motor dan sebagainya yang dok berderet kat bawah, tu belum kira lagi..
Seperti itukah hatinya?
Pening. Kepalanya sakit sejak pagi lagi. Runsing barangkali.
Mujur dia telah selesai menunaikan solat jama’ taqdim sebelum berangkat tadi, maka dia sekadar bersiar-siar di luar masjid saat abah dan kak long menunaikan solat asar di masjid terapung itu.
Dia memerhati air di bawah masjid.
Ada sesuatu yang timbul.
Kepala perahu? Tapi di mana badannya? Dia memerhati lagi. Oh, terbenam dalam lumpur, lantas hanya menampakkan kepala perahu itu saja.
Seperti itukah hatinya?
Musykil lagi. Huh, dia serabut sebenarnya. Masih tidak ketemu jawapan buat merungkai persoalan-persoalan yang semakin bercabang di mindanya.
Sejam, dua jam berlalu.
“kak,kak, pinjam hp sat, kami nak amik gmbaq,”k.ton yang berusia tujuh tahun itu, cuba meraih simpatinya. Dia sekadar menghulurkan hp itu pada k.ton tanpa suara. Matanya liar memerhati bangunan-bangunan lama di sepanjang jalan. Tembus.
“kita lalu ikut balik pulau nowh.. lalu ikut jambatan pulau pinang. Kalau nak ikut feri tadi, sesakla,” abah memberi cadangan. Kak iq yang juga merupakan rakan sekampusnya segera mengiakan.
Pada mulanya, dia hanya berdiam sahaja, tapi…
Perghhh,….jalan yang macam tula, kalau boleh elak, dia akan elak untuk lalu.
“abah, sampai bila kita nak pusing kut jalan ni?”dia bersuara.
“tak jauh dah..dalam 90 kilometer insya’ Allah sampai,”jawab abah.
Huhuhahaheheh….
Serabut. Loya. Peninnnn…jalan tepi lereng yang berpusing-pusing.
Persoalan-persoalan itu masih berlegar di mindanya.
“kak cuba tengok ayaq terjun tu. Deghah kan.. walhal tepi belah ni laut.. subhanallah…,”suara abah.
Dia menoleh…
Kagum? Takjub? Dak..dak..dak.. dia serabut lagi.
“kan Allah kata, siiru fil ardi fayanzuru..” kak iq mencelah.
Berjalanlah di bumi dan lihatlah…
Tiba-tiba saja dia tambah musykil. Eh, jalan di lereng bukit pun ada lampu isyarat ka? Kereta banyak sangat ka?
“dia buat lampu isyarat ni pasai kat depan tu jalan dia sempit,” abah menjawab persoalan.
Peraturan.
Kalau nak hidup selamat, kena ikut peraturan. Benarkah?
Habis yang ikut peraturan jalanraya tu pun ada yang mati, camna tu?
Tu peraturan manusia la wak.. serba kekurangan. Tu baru langgar peraturan manusia, kalau langgar peraturan Allah….?? Agak-agak, pa jadi???
Bumi yang keluar daripada orbitnya…pasang surut air..dan lain-lain….
Dapat,? Mungkin… dia masih berdialog denga hati.
Lah.. awat hang kalut sangat ni.. hang dah merancang, kembalikan segalanya pada Allah. Tok sah dok pikiaq lagi. Serahkan pada Allah s.w.t untuk menentukan,bukan dok tambah serabut otak tu.
Buat rugi ja abah bawak hang pi ronda jauh-jauh, hang bukan nak menghayati…
Astaghfirullahal ‘azim… dia meraup wajah dengan kedua belah tangannya..
Hasbiyallahhu wani’mal wakil.
Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pembantu.
Alhamdulillah….dia menghela nafas lega.
“abah, jom kita pi ronda sg.petani plak. Nak pi tengok tiket,”
“ai..tadi senyap ja. Awat lain macam ja semangat tu,”abah mengusik perlahan sambil tersenyum.
Cukuplah..biarlah persoalan-persoalan yang tidak memerlukan jawapan itu pergi. Dia mahu tenang.
Biarkan dia damai.
Kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan. Perancangan Allah yang tidak kita ketahui itu, adalah lebih baik buat diri kita. Wallahhu a’lam…
No comments:
Post a Comment