salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, November 19, 2010

Saya tak suka politik!

Seusai kelas usul fiqh pada hari itu, saya bergegas mengejar pensyarah yang baru saja melangkah keluar dari kelas saya.

"Maaf ustaz, saya nak tanya tentang apa yang ustaz selalu cakap dalam kelas tu,"
Pensyarah tersebut mengangkat keningnya.

"Politik,"saya menjawab pendek.

"kenapa dengan politik,"ustaz bertanya saya kembali.

"Jika saya mengatakan saya menolak politik..,"

"Enti jumud,"selamba ustaz tersebut menjawab. Rasa macam tersenget sedikit leher saya.

hu~

"Enti paham ka politik tu apa mende sbnrnya...???"

"Faham sket2 ja ustz,"

"dah tu, memang la enti nak tolak. Enti tak faham...,"adus, kena lagi..

"Politik tu berkaitan dengan pemerintahan kan ustz?"

"Ya, dalam solat jemaah pun ada politik,"saya angkat kening satu.

"maksudnya ustaz?"

"kan dalam solat jemaah ada imam dan makmum, macam tu jugaklah konsep dalam pemerintahan.Contoh kalau imam terbatal dan melangkah keluar saf, bilal naik gantikan imam," saya menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa jahil menyerbu jiwa kocak.

"Hatta dalam perkahwinan pun ada politik. Enti percaya?"ustaz terus bertanya.

"Percaya. Suami sebagai ketua keluarga, isteri sebagai pembantu, dan anak-anak sebagai rakyat,"tetap cuba menjawab walau kurang yakin.

"Lebih kurangla..takpalah, sekurang-kurangnya enti dah nampak. Bukan sembrono ja tak suka, tak minat, nak tolak, nak tendang,"

Ades..rasa senget lagi sebelah.Hu~... padan muka diri. Mujur bertanya, kalau tak....

"Balik nanti, enti rajin-rajin baca kitab dan rujuk orang yang lebih alim. Kembangkan ilmu tentang siasah ni. Budak syariah kena faham siasah dan segala macam cabang syariah ni...ok, ana pergi dulu,"

"Syukran ustaz"

"Afwan"..... saya dan sahabat yang menemani terus melangkah pergi.

"Segaaaaan.. tapi takpa, kita dapat ilmu baru,"sahabat saya menepuk bahu saya perlahan sambil tersengih puas.


* Pengertian SIASAH SYAR’IYYAH.

Siasah Syar’iyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Siasah dan Syar’iyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat kepada yang pertama. Dari segi bahasa, Siasah merupakan kata asal (masdar) bagi perbuatan "saasa" yang membawa maksud : mengepalai atau mengetuai sesebuah masyarakat. Manakala Syar’iyyah merupakan perkataan yang dikembalikan (dinisbahkan) kepada Syara’ yang bermakna jalan dari segi bahasa. Akan tetapi perkataan ini lebih tertumpu kepada segala apa yang disyariatkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-rasulnya seperti aqidah, akhlak dan hukum-hakam dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan di permulaan tadi , istilah Siyasah Syar’iyyah merupakan antara istilah yang baru di kalangan ‘ulama. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai takrif tentang perkataan ini namun semuanya itu menuju kearah maksud yang sama iaitu suatu perbincangan ilmu atau sistem yang menekankan soal pentadbiran serta pengurusan sesebuah negara berlandaskan atau mengikut segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah Ta'ala dan rasulNya.

Antara kata-kata ulama’ dalam menjelaskan maksud Siyasah Syar’iyyah sepertimana yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul "At-Turuk Al-Hukmiyyah fi As-Siasah Asy-Syar’iyyah" termasuklah kata-kata Imam Asy-Syafie’ yang menyebut bahawa : "Tiada politik (siasah) melainkan yang berlandaskan Syara’". Selain itu,berkata juga Ibn-Uqoil (salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali) : "Politik dalam Islam tertumpu kepada semua perbuatan yang mana ianya menyebabkan manusia lebih dekat kepada kebaikan atau maslahah dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan, walaupun ianya tidak diletakkan oleh Nabi atau tidak diturunkan padanya wahyu (tidak termaktub di dalam nas)".

Melalui cebisan kata-kata ulama’ tadi, dapat disimpulkan bahawa kewujudan Sistem Politik Islam bermatlamatkan kepada menegakkan keadilan di muka bumi dengan asas "kemaslahatan" atau "menjauhkan keburukan dan mendatangkan kebaikan". Perbincangan ini jugalah yang disebut oleh Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah tentang pembahagian secara umum dalam Siasah iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik) terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara’ keatasnya.

Demikian tadi beberapa isi penting dalam pengertian Siasah Syar’iyyah. Walaupun ianya merupakan suatu istilah yang baru, namun kewujudan isi kandungannya telah lama bertapak di muka bumi semenjak lahirnya Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pengutusan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir di kalangan utusan-utusan Allah yang mana diperintahkan sebagai nabi, ketua negara dan pemimpin umat dengan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah. Kemunculan negara Islam pertama ini menunjukkan secara logiknya perlu kepada satu sistem yang unik berlandaskan Syariat dalam pentadbiran negara Islam. Maka dengan bukti sejarah tamadun Islam ini menunjukkan Islam tidak pernah melupakan sebarang aspek kehidupan bahkan ianya menyeluruh (syumul) dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain (mutakamil).

Siasah atau dalam bahasa melayunya, politik adalah salah satu daripada cabang syariah. Maka, jika saya menolak salah satu daripada cabang syariah, maka saya......???

Menolak kewujudan pimpinan, pentadbiran dan sebagainya... dan lain-lain lagiyang lebih kritikal.

Banyak lagi kena belajar ni. Bukan yang ambil aliran syariah ja, semua orang Islam perlu tahu.

Kalau tak tahu, tu yang rasa nak menolak ...rasa tak setuju ja...

Wallahu a'lam...

5 comments:

faqierah ila allah said...

saya suka politik walaupun byk menda kna blajar lagi.. ^^,

AnA ImTiYaZ.. said...

suka ya anjang... (^^,)
suka tak suka kna tau gak kan..

AminMenulis said...

Salam, artikel yang menarik. Mohon kongsi ye..

Komen sket, bukan masalah suka atau tidak, tapi sebagai seorang Islam kita kena faham dan perlu memikul tnaggungjawab ni.. Politik adalah sebahagian daripada cabang2 Islam. Kerana politik bukan sahaja dalam aspek kepimpinan tetapi dalam segenap aspek kehidupan.

Contoh, kita nak mintak tolong dengan kawan kita, mesti la kita tanya dulu, sibuk ke? Awak ni baik la. Hari ni nampak berseri2 muka macam ulamak. dll. lepas dia dah senyum dah senang dengan kita baru kita bgtau nak mintak tolong. Itu juga sebenarnya politik, politik dlm pergaulan kita.

Kalau kita memahami politik dengan menyempitkannya dgn parti politik mmg kita akan menolak mentah2 politik tersebut. Ditambah pulak dgn suasana politik parti2 politik di Malaysia yg semakin hari semakin menyakitkan hati. dgn pelbagai isu dll.

Tetapi sbgai seorang Islam yg berada di Malaysia, kita harus sedar tanggungjawab dan kuasa politik bg menegakkan syiar Islam. Amat mustahil dan tidak kena sekiranya kita mahu memperjuangkan Islam dengan cara peperangan, kerana medium yg ada(pilihanraya) mampu mengembalikan kegemilangan Islam.

Kerana sesiapa yang memegang tampuk pemerintahan, dialah yg boleh melaksanakan hukum2 Islam. Soal penipuan dlm pilihanraya, soal penindasan dll itu soal kedua, yg penting kita berusaha utk memenangkan Islam dengan wasilah yg ada.

Contoh lg, undang2 negara diputuskan oleh parlimen, untuk masuk kedalam parlimen seseorang itu perlu bertanding dlm pilihanraya, nak bertanding pilihanraya perlu masuk parti politik, kerana melalui sesebuah parti, gerak kerja penerangan, kempen dll menjadi mudah dan ia juga antara syarat pilihanraya (kecuali nak bertanding atas tiket bebas).

Maka, menjadi kewajipan kita sekarang untuk mengambil tahu senario politik tanah air, agar Islam tidak dicabul dan dijatuhkan maruahnya oleh musuh2 Islam. harap perkongsian ini ada manfaatnya.

AnA ImTiYaZ.. said...

syukran buat sdr amin..

itulah hakikatnya..

seringnya kita mndgr tntg statement politik kotor...

politik Malaysia, kotor dn mnjijikkn..

lalu haruskah dibiarkan ia trus tercemar membusuk..???

politik y kita lihat dgn mata kasar mmg kotor..krn kita tidak perhalusi dgn akal, hati dan iman y Allah beri...

wallahu a'lam

khaalahzu said...

tak berpoLITIK tu pun politik gk pe....